Ahad, Ogos 31

Pertemuan Di Jalan Kopi, Meru, Klang

Amin menulis di whatsapp pagi ini:
 
"Assalamualaikum... Syukur kepada Allah kerana kita dapat berjumpa dan beramah mesra, walaupun masa berlalu begitu cepat sekali malam tadi.  Maaf kepada kalian semua, saya tidak dapat melayan sahabat sepenuh masa. 
 
Terima kasih kepada Leeza, Rauah, Yatie, Noni, Waz, Fido, Gie, Syl, Yati, Jana, Lyn n Masz, Munir, Gapa, Zain, Jbob, Mike, Jamal, Rafian, Prof Jaa, Saido dan Rizal; kerana memeriahkan lagi majlis dengan tujuan merapatkan lagi ukhwah sesama kita.
 
Kepada yang tiada kelapangan, terima kasih di atas doa-doa kalian; sehingga majlis tamat dengan tiada sebarang masalah.  Sebarang kekurangan, saya dan keluarga mohon maaf..."

Kemudian Amin hantar gambar dan caption seperti berikut:

Rasa sedih tengok tempat ni dah kosong...hu...hu...

Malam tadi
 
Terdahulu, whatsapp daripada Prof Dr Jaa pada jam 11.23 malam, sebaik saja kita bersurai, adalah seperti berikut:

"Tuan Rumah - En. Amin... Berbanyak terima kasih atas kesudian menjamu dan menerima kami sebagai tetamu terhormat... Didoakan moga murah rezeki dan panjang umur... selalu-selalulah buat macam ni... :)  "

Ia berkaitan dengan majlis jamuan di rumah Amin, di Jalan Kopi, Meru, Klang, malam tadi. Ternyata bila rakan-rakan lama ini bertemu semula, walaupun berkali-kali dan semakin kerap juga, suasana pasti riuh rendah dan masih meriah. 

Dan kali ini, biarlah gambar-gambar yang berbicara...

 
Saido menghulur cendol pada Rizal tapi mata memandang Leeza.
Rizal terkejut manakala Fid si wanita besi memerhati gelagat itu.
 
Perhatian tertumpu kepada Noni. Apalah agaknya yang dibualkan.
 
Penyeri majlis
 
Bila bapa-bapa berbicara
 
Fid yang tiba-tiba jadi lebih popular semalam
 
Meja retis
 
Rafian yang jarang dapat muncul
 
Noni dan bodyguardnya, Nana

Amin sempat bergambar dalam kesibukan melayan tetamu

Sedondon - Macam berpakatlah pulak
 
Kambing Tona tetap menjadi pujaan
 
Bergambar kenangan

Masing-masing mengambil aura Fid si Wanita Besi
 
 
Bekas Pelajar Kelas 5B2
 
Ramai rakan-rakan lain yang ingin bersama di pertemuan seperti ini tetapi mungkin belum ada rezeki untuk kita bertemu pada kali ini.  InsyaAllah, di pertemuan-pertemuan akan datang, kita sama-sama usahakan agar diberi kesempatan untuk berkumpul bersama.
 
 
Semoga ikatan ukhwah yang sedia terjalin ini, bertambah erat kerana kita sudah bagaikan satu keluarga yang besar.
 
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan