Isnin, April 28

Pantun-Pantun Ketika Jamuan Makan

Sekitar Majlis Perkahwinan Zul & Lisa

Penulis, selaku bapa pengantin telah diberi peluang untuk berucap mewakili kedua-dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan ketika majlis makan beradap.

Ucapan pada hadirin
Pesanan buat pengantin
 
Selain mengucapkan terima kasih atas kehadiran tetamu dan menghargai persiapan yang dibuat oleh kedua-dua keluarga bagi menjayakan majlis ini, sempat juga berpantun yang ditujukan kepada besan, pengantin dan tetamu jemputan.

Pantun untuk besan:

Segak Tn Hj Ismail senyum tak jemu
Juadah enak buat hidangan
Janji disusun kami bertamu
Moga silaturahim kekal berpanjangan

 
Pantun untuk Pengantin:
Hari ini kami berbesan
Keluarga bertambah menjadi ramai
Anakanda pengantin ayah nak pesan
Cinta dan kasih sentiasa lah disemai

Lafaz akad telah termetri
Penantian telah berakhir jua
Kini bergelar suami isteri
Ke alam baru anakanda berdua

Hasrat hati telah dipenuhi
Panahan cinta pilihan sendiri
Semoga sama-sama tabah menempuhi
Alam perkahwinan beranjau duri

Ramai jemputan hadir di Majlis
Memberi doa dan juga restu
Pengantin duduk direnjis dipilis
Bertambah seri pengantin baru

Pucuk rotan jalar tak sudah
Akar semambu ditebing kali
Berpaut kasih berpateri aqidah
Pasti hidupmu dipayungi ilahi

Tuailah padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

 
Pantun untuk Tetamu:

Pengantin di pelamin nampak berseri
Bunga mawar ditabur wangi
Kehadiran semua amat dihargai
Menjadikan majlis indah berseri


Artikel-Artikel Yang Berkaitan:

Majlis Akad Nikah

Sekitar Majlis Perkahwinan Zul & Lisa

Kehadiran Ex-STTJ Cukup Meriah




Gambus Jodoh - Dato Ahmad Jais
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan