Sabtu, April 13

STTJ: Kunjungan Yang Tidak Dirancang


Peluang untuk bertemu rakan-rakan lama ketika bersama di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ), Seremban, tidak boleh dilepaskan apabila pertemuan dirancang bagi meraikan seorang rakan yang akan bekerja di Iraq. Untuk itu, satu jamuan makan tengahari diadakan di Restoran Sifu Al-Ifra, sebuah restoran Cina Muslim, di Seremban.
 
Bergambar sementara menunggu Jaybob yang tersesat di bandar sendiri.
Gambar Ikhsan dari Maszeri
 
Program yang dianjurkan oleh Yatie dan Jeff (antara yang bercinta di STTJ hingga ke jinjang pelamin), dihadiri oleh Tona dan keluarga dari Kuala Selangor, Amin, yang berseorangan dari Kelang, Hafiz dari Tampin, Has dan anak-anak dari Bangi, Leeza dari Seremban, Maszeri dan anaknya dari Kuantan yang kebetulan melawat anaknya itu di STTJ (kira junior kami di STTJ lah ha ha), kami dari Ulu Klang dan yang diraikan Jaybob dari Seremban.
 
Pada mulanya kami tertanya-tanya berapa lama Jaybob akan ke Iraq hingga Yatie aturkan jamuan ini.  Akhirnya, kami semua terperanjat dan ketawa beramai-ramai apabila mengetahui Jaybob ke sana hanya selama 2 bulan sahaja.  Jaybob sendiri terharu dengan kehadiran rakan-rakan yang datang dari dekat dan jauh hanya untuk "majlis berpisah 2 bulan" ha ha.
 
Maszeri kemudiannya memaklumkan bahawa hari ini STTJ mengadakan 'Open Day' dan semua boleh datang melawat sekolah.  Apa lagi, kami pun mengambil kesempatan ini untuk sama-sama ke STTJ selepas lebih 27 tahun meninggalkannya.
 
Seterusnya, biarlah gambar-gambar dari kamera Jabjob ini bercerita:
 
 
Ketua Rombongan sedang berkaraoke.
Galeri Imu itu dulu adalah Surau Aspura
 
 Tona dan Yatie. Sahabat rapat sejak dulu.
 
Kenangan di kolam ikan.
Tempat mandi ketika ketiadaan air di asrama.
 
Maszeri dan anaknya, Ali.
Di sinilah tempat pertemuan ayah dan emak Ali.
 
 Bergambar di Pavilion yang dibina
ketika kami di sini 27 tahun dulu.
 
Aspura yang semakin cantik dan bersih.
Dulu ada penyidai kain di padang tu.
 
Disebelah kanan tu bangunan baru.
Dulu tiada.

Bergambar kenangan. 
Amin dan Leeza dah balik awal.
 
Sesungguhnya lawatan ke STTJ ini pada awalnya memang tidak dirancang tetapi menjadi agenda utama pula.  Tentu semua yang dapat bersama di lawatan ini merasa puas, setelah 27 tahun, dapat kembali ke sekolah yang memberi 1,001 nostalgia kepada para pelajar dan penghuni asramanya.

Saksikan telatah kalian 27 tahun lalu 
Video ikhsan Ghazali Abd Samat
 

2 ulasan:

  1. Jamal, antara yg paling best sekali...dapat duduk semula di meja sendiri di 5K3...once duduk ajer, seolah2 semua kawan2 lama ade sekali dalam kelas tu...rinduuuu detik tu..andai dapat ku undur waktu..

    BalasPadam
  2. Best way to refresh our memories. ....
    Tq Jamal....
    You r the best

    BalasPadam