Ahad, Mei 4

Sekitar Majlis Perkahwinan Zul & Lisa

Kenangan Indah Seumur Hidup

 
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurniaNya, majlis perkahwinan anak sulung kami, Mohd Zulfadli Adhwa dan pasangannya, Ismalisa, telah berjalan dengan lancar dan meriah.
 
Sejak dari majlis peminangan/pertunangan yang diadakan pada 29 September 2013, hinggalah ke majlis akad nikah pada 25 April 2014 dan disusuli dengan majlis persandingan pada  26 April, 2014; semuanya berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah.

 Pentas santapan pengantin
 
Majlis Persandingan ini telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor, Shah Alam. Ibu bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah menjadi tuan rumah bersama bagi majlis ini.  Satu perkongsian pintar untuk menjimatkan masa dan tenaga.  Ia seakan telah menjadi budaya pula sejak akhir-akhir ini.