Ahad, Mac 30

Sirih Pulang Ke Gagang

Reunion Ex-STTJ 85/86 2014


Bila Sue paparkan banner ini di 'whatsapp group' minggu lepas, saya bertanya,"kalau gagang tu sekolah, siapa yang jadi sirih?"  Jawab Noni, "Noni tak mahu jadi sirih, nanti kena kunyah.."
 
Ternyata di pertemuan semalam, ramai yang kena 'kunyah' oleh rakan-rakan yang suka menyakat.  Dengan telatah dan hilai tawa masing-masing, tercermin keakraban sesama kita.  'Perpisahan selama 28 tahun', bukan saja tidak merenggangkan, malah lebih merapatkan hubungan persahabatan yang sedia terjalin.  
 
Pada tahun-tahun yang lalu, ketika berjumpa di reunion seperti ini, terasa agak kekok bila kita bersembang dan bergelak ketawa dengan rakan-rakan yang kita, bukan saja tidak pernah bertegur sapa semasa di sekolah dulu, tetapi ramai yang tidak menyedari tentang kewujudan kita pun! 

Rabu, Mac 5

Mesyuarat Agung Permulaan

PENUBUHAN KOPERASI BANDAR TUN RAZAK KUALA LUMPUR BERHAD

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Permulaan (MAP), Koperasi Bandar Tun Razak Kuala Lumpur Berhad (Dalam Penubuhan),  yang telah diadakan pada 2 Mac, 2014 di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, telah berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.
 
Mesyuarat Agung Permulaan ini diadakan bagi memenuhi keperluan untuk mendaftarkan koperasi ini secara rasmi.  Pendaftaran kehadiran bakal ahli yang bermula mulai jam 2.00 petang, telah mendapat sambutan yang menggalakkan.  Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 54 orang bakal ahli.  Turut hadir ialah Encik Muhamad Amran Che Abdullah, dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Shahril Ismail Omar. 

Muhammad Sayuti Othman
Pengerusi Penaja

Kemudian disusuli oleh ucapan aluan oleh Encik Muhammad Sayuti Othman, Pengerusi Penaja Koperasi Bandar Tun Razak Kuala Lumpur Berhad.  Dalam ucapannya, Encik Muhammad Sayuti, mengalu-alukan dan berterima kasih dengan kehadiran bakal ahli.  Beliau percaya dengan sambutan dan semangat yang ditunjukkan, akan membolehkan Koperasi ini bergerak aktif, lebih-lebih lagi dengan penglibatan dan kerjasama ahli-ahli.