Ahad, Julai 27

Salam Aidil Fitri

Lama tidak menulis di ruang ini.  Ia menuntut masa.  Banyak yang ingin dikongsikan tetapi banyak blog lain yang perlu diperkemaskan juga.  Maklumlah sebagai seorang blogger, perlu menjadi pemerhati yang peka dan menulis dengan disiplin yang ketat.
 
Sepanjang Ramadhan ini, masa banyak diperuntukkan untuk menyusun projek-projek baru selepas Hari Raya, selain ke dapur menyediakan juadah iftar. 
 
Terima kasih kepada rakan-rakan whatsapp yang banyak berkongsi idea juadah untuk berbuka puasa dan memberi resepi juga.  Pada yang ingin mencuba resepi-resepi tersebut, silalah ke www.JomCubaResepiIni.blogspot.com Satu usaha kecil untuk yang baru ingin belajar memasak.
 
Selain dari itu, sedang mengumpul beberapa blog untuk disatukan dalam blog khas di www.aurapositif.com Ia dilakukan sebagai back-up bagi blog-blog tertentu sedia ada, selain memudahkan pembaca dan penulis juga; untuk access blog-blog ini dalam satu blog khas.
 
Sementara itu, sempat juga memenuhi beberapa undangan berbuka puasa dan perjumpaan dengan rakan-rakan niaga dan rakan-rakan rapat yang lain.  Beberapa undangan rumah terbuka sempena Aidil Fitri ini telah juga di terima selain dari beberapa undangan majlis perkahwinan.  Ia menjadikan hubungan persahabatan ini lebih akrab dan memberi sumber inspirasi yang menarik juga. 
 
Dikesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri buat semua pembaca blog ini.  Maaf zahir dan batin, sekiranya disepanjang perkenalan kita ini, samada secara langsung atau online saja,  terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan, samada sengaja atau tidak disengajakan.
 
Semoga Aidil Fitri ini, selain bermaaf-maafan, mengunjungi sanak saudara dan teman-teman, ia memberi satu semangat baru untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan sedia ada.
 
 

Sabarlah Sayang - Anuar Zain