Isnin, April 28

Kehadiran Ex-STTJ Cukup Meriah

Sekitar Majlis Perkahwinan Zul & Lisa
 
Dewan Jubli Perak, Shah Alam
 
Tidak terucap dengan kata-kata; tidak tergambar dengan lukisan; tidak tergapai dengan perasaan; untuk meluahkan rasa betapa seronok dan terharunya, bila ramai rakan-rakan ex-STTJ, turut hadir dan memeriahkan majlis sempena perkahwinan anak penulis, pada 26 April 2014 yang lalu, yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.

Mash sekeluarga menjadi tetamu terawal
Bapa pengantin pun tak sempat bersampin lagi tu...
 
Pasangan Mash, Elyn dan anaknya, menjadi yang terawal sampai, sesuai dengan hasrat Elyn untuk menjadi 'pembuka tudung hidangan'.  Sebetulnya, mereka perlu ke IOI Mall selepas itu kerana akan mengambil bahagian dalam pertandingan bowling anjuran Alumni STTJ. 


Ashie yang awal tapi tak boleh lama

Ia diikuti dengan kehadiran Ashie sekeluarga; yang perlu segera ke Universiti Malaya selepas itu kerana menemani anaknya menghadiri temuduga.

Lagu Gadis Jolobu popularkan Waz

Ketika sedang sibuk melayani tetamu yang mula tidak putus-putus hadir, Iqmal si Arjuna Beta ku, berlari-lari anak lalu berbisik, 'ayah... gadis Jolobu dah sampai...'  Rupa-rupanya Waz yang sampai... hahaha.. Waz tersenyum bila diceritakan semula kisah ini kepadanya.


Akhirnya Iqmal dan Khairul Anam bergambar bersama

Turut hadir ialah Prof Dr Jaa sekeluarga, Zain, Tona sekeluarga, Jaybob dan Jana, Rauah sekeluarga, Fid, Sue dan anak-anak, Syl, Noni, Amin, Mike, Aya dan anaknya, Yatie dan anak-anak, Iwe dan Ina, Gie dan anak-anak, Zaihan dan isteri, Rashdan, Rini dan anak-anak, Munir, my twin - Jamal Saudi dan Ghafar.

 Penampilan sulung Rina disulami tangisan dan airmata
 
Penampilan sulung KB; sempat berbisik-bisik dengannya
 
Penampilan sulung Shamsuddin; tak sempat berbual
 
Teruja dan gembira dengan penampilan sulung Rina, Khairul Bariah (KB) dan Shamsuddin.  Harap dapat jumpa lagi di pertemuan-pertemuan lain selepas ini.

Jamal Saudi dari Jeddah terus ke Shah Alam
Tetamu yang jauh pun boleh sampai juga

Amat berterima kasih kepada Munir yang sanggup ke KLIA menjemput Jamal Saudi yang tiba dari Jeddah pada jam 3.00 petang, untuk sama-sama memeriahkan majlis kami ini.  Jamal Saudi sempat berbisik, "kalau Munir tak jemput tadi, memang aku tak sampailah ke sini."

Antara yang hadir
 
Bila makcik berposing, pakcik mampu tersenyum je...

Tetamu yang 'cool'

Menanti siapa tuuuu..??
 
Siapa yang tak ingat siapa ni??

Wakil P1 - Teringat orang itu...

Setuju dengan kata-kata Noni,
"My only regret is not seeing you all sooner. But better late than never."

Hadiah dari Ex-STTJ
Terima kasih kawan-kawan

 
Terima kasih kepada semua yang dapat hadir.    Terima kasih kepada Saido, Man, Rafi, Leeza, Utih dan Gab; yang samada menalifon, sms dan whatsapp, mengucapkan tahniah sambil menyatakan tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih kepada yang memberi sumbangan, samada yang hadir dan yang tidak dapat hadir. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. 
 
Khabarnya semasa 'agihan rampasan perang' ini,
suasana agak gamat di dewan; betul ke?  :)  :)

Dikesempatan ini, penulis ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang ketidakselesaan di sepanjang majlis berlangsung, mungkin dari segi layanan, tutur kata, suasana, makanan dan lain-lain.  Lebih-lebih lagi, difahamkan ramai yang mengalami sakit perut yang berkemungkinan berpunca dari penyediaan makanan yang tidak teliti.
 
Dalam keriuhan majlis, hati tidak dapat dibohongi, ada sedikit rasa terkilan bila beberapa orang dikalangan kita yang sangat dinantikan juga, untuk sama-sama memeriahkan majlis ini, tidak hadir tanpa sebarang berita.  Tetapi pantun Waz ternyata memberi kekuatan dan menyejukkan hati:
 
                           Mata terpisat menjadi mamai
                           Tersedar dari buaian mimpi
                           Jangan dinanti kawan yang ramai
                           Yang ada kini harus dihargai
 
Entah bilalah kami dapat untuk menganjurkan majlis sebegini lagi.  Si bongsu, Arjuna beta ku baru berusia 12 tahun. Mungkin 10 tahun atau 15 tahun lagi... Tapi bak kata Rafi, "kalau nak buat lagi, kau je yang kahwin, Mal..."  Hahaha... cukuplah dengan apa yang ada, Rafi...
 
Ex-STTJ bersama keluarga pengantin

Terima kasih kepada kalian semua.  Kenangan terindah ini akan terus menjadi memori kami sekeluarga untuk selamanya.
 

Artikel-Artikel Yang Berkaitan:

Majlis Akad Nikah

Sekitar Majlis Perkahwinan Zul & Lisa

Pantun Pantun Ketika Jamuan Makan
Terima kasih Man dan Elyn yang turut sumbangkan pantun.




Kalau Jodoh Tak Kemana - P. Ramlee & Saloma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan