Khamis, Februari 20

Meninjau Peluang

Sabtu lepas ke Seberang Jaya, Pulau Pinang kerana terlibat secara langsung dengan Malam Anugerah Melancung ke Bandung anjuran Valcambi Malaysia Sdn Bhd.  Dalam pada itu, sempat pula meninjau peluang baru dalam usaha mempelbagaikan perniagaan.
 
Dengan ruang waktu dan kesempatan yang ada, penulis telah di minta untuk sama-sama melawat kilang pembuatan roti dan kedai kek di dua lokasi di Pulau Pinang, untuk memberi nasihat dan dipelawa sama untuk melihat potensi bagi mengadakan usahasama untuk mengwujudkan kedai-kedai roti secara francais di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.

 
 
Ketika di kilang roti, kami dibawa ke beberapa bahagian pemprosesan roti, dari mula tepung dibancuh, di uli, dibuat doh dan dijadikan beberapa jenis roti. Kemudian kami ke bahagian pembuatan karipap, kek, pembungkusan dan tempat simpanan.  Semuanya teratur, bersih dan memiliki sijil pengesahan Halal dan syarat-syarat dari Jabatan-jabatan tertentu yang terlibat.

Ahad, Februari 16

Malam Anugerah Melancung Ke Bandung



Majlis 'Malam Anugerah Melancung ke Bandung' anjuran Valcambi Malaysia Sdn Bhd; walaupun diadakan secara sederhana, tetapi telah berjalan dengan lancar dan meriah. 
 
Majlis di Hotel Sunway, Seberang Jaya, malam tadi diadakan sebagai pengiktirafan bagi meraikan pemimpin-pemimpin dan rakaniaga-rakaniaga produk ValcambiWorld yang berjaya mencapai sasaran tertentu dalam perniagaan produk berasaskan kesihatan dan kecantikan.  Selain dihadiri oleh pengurusan syarikat, penerima-penerima anugerah dan keluarga, majlis ini turut dihadiri oleh rakaniaga-rakaniaga dari seluruh Malaysia, kenalan dan prospek.

Isnin, Februari 10

Pesta Durian di rumah Jaybob

Kesempatan untuk bersama kawan-kawan di Taman Tuanku Jaafar, Seremban, semalam, memang tidak disangka.  

Pertamanya, jemputan untuk pertemuan petang ahad itu, hanya diwar-warkan di whatsapp group sehari sebelumnya. Agak suntuk. Kedua, perlu hadiri majlis Anugerah Pelajar Tahfiz anjuran Kelab Tahfiz Sekolah Rendah Islam Al-Amin yang melibatkan anak, yang dijadualkan hingga ke jam 2.00 petang. Alhamdulillah, program sekolah habis awal  lalu buat keputusan untuk ke Seremban.

Sebaik sampai ke rumah Jaybob, beliau kelihatan agak terkejut tetapi gembira. Terkejut kerana kehadiran ini tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu dan gembira, mungkin kerana 2 kali pelawaan ke rumahnya sebelum ini tidak dapat dipenuhi.


Kemunculan semula Zaihan:  Selepas 28 tahun
masih nampak seperti jejaka berusia 18 tahun

Selasa, Februari 4

Kawan Kita

Kawan masa senang atau kawan masa susah?

Ada pepatah menyatakan, "kawan ketawa senang di cari, kawan menangis sukar didapati".  Saya ingin tukar sedikit menjadi, "kawan ketawa datang sendiri, kawan menangis menghilang diri".

Ia seakan menjadi lumrah alam.  Dalam waktu-waktu tertentu semasa kita senang sedikit, ramailah yang datang, bertanya khabar, ajak minum, menjemput ke majlis-majlis mereka dan sebagainya.  Kita dilayan seperti sahabat baik dan saudara rapat mereka. 
 
Tetapi sebaliknya, semasa kita dalam kepayahan, mereka hilang entah ke mana.  Walhal, pada ketika itulah kita memerlukan bantuan, ketika itulah kita perlukan sokongan dan ketika itulah kita mencari makna persahabatan dan saudara yang sebenar.

Apa kata mulai sekarang, kita tukar paradigma ini.

Kisah seterusnya, klik di sini.