Khamis, Mei 30

Ber WhatsApp Dengan Kawan-Kawan

Media Sosial yang dimanfaatkan dengan betul tentu memberi kesan yang positif kepada kehidupan kita.
 
Di group ex-STTJ, WhatsApp bukan saja merapatkan kembali hubungan dengan kawan-kawan yang sekian lama terputus, ia juga menjadi tempat perkenalan dengan rakan-rakan yang selama puluhan tahun dulu, bersekolah di tempat yang sama, tapi tak sempat berkenalan pun. 

Lebih dari itu, di WhatsApp, kita semua menjadi kawan yang amat rapat sekali.  Sesuatu yang tidak pernah terduga dan terlintas difikiran pun sebelum ini.
 
Di WhatsApp berjumpa semula dengan Tona, Fian, Yem, Rini, Amin, Rizal, Hasrul Liza dan Rauah. Perkenalan dengan Hasrul Liza dan Rauah hanya bermula 20 tahun selepas persekolahan ketika perjumpaan bersama rakan-rakan lain di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa beberapa tahun lalu.
 
Di WhatsApp bermulanya perkenalan dengan Saido, Sue, Elyn, Iwe, Man, Utih, Leeza, Yatie, Iza, Jaybob, Maszeri, Rafi, Jef, Ashie, Joepinto dan ramai lagi.
 
Dan tentunya, ketika perjumpaan di Ladang Fatonah, kita berjumpa semula dan berkenalan dengan lebih ramai lagi. Ia sudah menjadi seperti perhimpunan jejak kasih tahunan.
 
Facebook agak terhad komunikasinya kerana respon yang lambat tapi di WhatsApp, tak sempat nak reply, berpusu-pusu lagi mesej yang masuk ha ha.
 Sebahagian dari mereka adalah rakan Whatsapp yang aktif
 
Setiap pagi, kita saling memberi salam subuh dari kediaman dan penginapan masing-masing yang dari Ulu Kelang, Kuantan, Bukit Katil, Shah Alam, Johor Bharu, Kuala Selangor hinggakan yang dari Iraq, Cyprus dan Korea juga tidak ketinggalan.  Langsung tiada sempadan yang memisahkan. Terasa bagai berbual secara berdepan.
 
Bercerita dari hal minum pagi masing-masing, aktiviti harian, pekerjaan, saling bertanya khabar, berbual tentang pelbagai isu semasa, aktiviti anak-anak, bahkan tempat makan mana yang sedap juga menjadi perbincangan.

Bersambung dengan menu makan tengahari hingga berlarutan tentang menu makan malam masing-masing disulami dengan beberapa topik yang serius dan kadang kala melucukan juga.

Pada topik tertentu, keadaan menjadi panas dan sering bertelingkah pendapat hinggakan kalau terlepas kurang sejam dari chat room itu pun, boleh tertinggal hingga 300 unread! 

Pada topik yang lain pula, lebih-lebih lagi bila mengenang semula zaman persekolahan, ceritanya boleh menyebabkan kita ketawa berdekah-dekah keseorangan di tempat masing-masing walaupun ketika itu sedang bersembang beramai-ramai di WhatsApp. 

Perbualan (dan perdebatan juga) berterusan hingga ke lewat malam dan kadang-kadang berlarutan hingga ke dinihari pula. 

Antara kuat berjaga malam hingga ke hari esoknya tentulah Saido si Penunggu Malam, yang khabarnya jarang tidur malam, Cikgu Sue, Jaybob (sebab di Iraq, malam masih muda) dan kadangkala Tona, Iwe, Man dan Leeza juga. 

Yang paling awal tidurnya, setakat ini dimenangi oleh Elyn.  Jam 10.00 malam dah tidur, alahai.... Tapi, Elyn jugalah yang hampir setiap pagi, paling awal menyapa dan kejutkan kawan-kawan di waktu subuh.

Sebelum tidur, kawan-kawan sempat lagi berWhatsapp apabila masing-masing saling mengucapkan selamat malam dan selamat tidur pula.
 
Alhamdulillah, setakat ini tiada cerita dan masalah berunsur peribadi, gossip, politik dan tajuk-tajuk yang tidak sesuai, yang dibawa ke dalam group. Ini penting bagi menjaga keharmonian hubungan sesama kawan-kawan. 

Harap ia terus kekal begitu.
 
 
 
 Lagu Sahabat pilihan Cikgu Sue
 

3 ulasan: