Selasa, Jun 18

Media Sosial Pengikat Siratulrahim

Hari ini bertemu lagi kawan-kawan exSTTJ.

Walaupun yang dapat hadir hanya 5 orang saja, tetapi pertemuan yang 'disiarkan secara langsung' melalui media sosial 'WhatsApp' ini, boleh diikuti oleh seramai hampir 30 orang lagi.

Majlis makan tengahari ini dirancang kerana kebetulan Sue yang datang dari Melaka mempunyai urusan tertentu di Kuala Lumpur.  Gie, yang bekerja di Menara Maybank pula telah lebih 27 tahun tidak bertemu rakan sekelasnya ini telah menawarkan diri sebagai hos.


Kami yang lain pula, kiranya baru berkenalan lah dengan Gie.  Walaupun pernah satu sekolah, tapi tak pernah sempat berkenalan.

Manakala Jaybob yang berpejabat di Menara Dayabumi, hanya perlu berjalan kaki sahaja.  Turut hadir Sufian yang datang dari Shah Alam dan penulis.
 
Pertemuan santai ini selain menikmati makan tengahari, dipenuhi dengan cerita lama dan baru.  Kenangan di sekolah, aktiviti masa ini, bercerita tentang diri, kerjaya dan keluarga, bertanya khabar sahabat lain di samping bergambar candid sebagai kenangan.

Jamal, Jaybob, Sufian dan Sue

Nak tunjuk gambar Gie, bukan gambar Jaybob makan.
Sorry ya, Jaybob :)

Pertemuan ini ringkas dan sekejap. Ia hanya memenuhi masa makan tengahari sahabat yang perlu ke pejabat semula.  Tapi kesannya mendalam. Ikatan persahabatan kian kukuh.


Lama Tak Jumpa - Zur Eda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan