Jumaat, April 25

Majlis Akad Nikah

Sekitar Perkahwinan Zul & Lisa

Perkara wajib dalam agenda untuk mengadakan majlis perkahwinan adalah acara akad nikah.  Biasanya acara inilah yang paling mendebarkan bakal pengantin.  Kadang kala, ibu bapa pengantin turut berdebar-debar juga ha ha ha...  Kawan-kawan pula, ada yang mengambil kesempatan mengusik bakal pengantin yang menyebabkan debaran semakin kencang!
 
 
Pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Akad Nikah, antara anak sulung, Mohd Zulfadli Adhwa dan pasangannya, Ismalisa, di Apartment Mutiara Anggerik, Seksyen 15 Shah Alam.  Majlis bermula sebaik saja kadi tiba pada jam 10.25 pagi.


Sentuhan saat akhir dari emak pengantin
 
Seperti biasa, tok kadi (sekarang orang sebut ustaz je, barangkali sebab tok kadi sekarang, muda-muda belaka, segan nak sebut 'tok'), memulakan majlis dengan memberi khutbah kepada pengantin. Tapi tok kadi ini, tak gunakan teks pun.  Begitu lancar tazkirahnya.  Penuh dengan panduan dan nasihat.
 
Khutbah sebegini bukan saja baik untuk bakal pengantin, tetapi bagus juga untuk 'pengantin-pengantin lama' yang hadir, buat muhasabah diri masing-masing tentang tanggungjawab suami isteri dan keluarga.  Lagipun, bakal pengantin bukan dengar sangat khutbah ketika itu, lebih kepada menangani debaran di hati.... :)  :)

Akad nikah ni nak try dulu atau terus je...?
 
Sebaik saja berakhir khutbah, beristifar, selawat dan mengucap, tok kadi telah menjalankan tugasnya untuk menikahkan pengantin selepas mendapat persetujuan daripada bapa pengantin perempuan untuk mewakilkan beliau. 
 


..... dengan maskahwinnya 1 Dinar. 
 
Alhamdulillah, selepas lafaz ijab dan kabul pada percubaan kali kedua, maka, termeterilah ikatan sebagai suami isteri bagi kedua pasangan pengantin baru ini.  Terpancar kelegaan, terserlah kegembiraan. Mengaminkan doa dengan senyuman...
  
 Bergambar setelah bergelar suami isteri
 
Artikel-Artikel Yang Berkaitan:
 
Sekitar Majlis Perkahwinan Zul & Lisa

Kehadiran Ex-STTJ Cukup Meriah

Pantun-Pantun Ketika Jamuan Makan
 
 
Selamat Pengantin Baru - Anita Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan