Sabtu, April 12

Melancung Ke Bandung 2014

Pada 7 April 2014 hingga 9 April 2014 yang lalu, penulis telah menyertai program Melancung ke Bandung, Indonesia, bersama rakaniaga-rakaniaga Valcambi World yang berjaya melayakkan diri untuk mengikuti percutian yang menarik ini.
 

Sila klik untuk mengetahui kisah kejayaan mereka di sini.
 
7 April 2014 (Isnin)
 
Rombongan seramai 13 orang ini telah berkumpul di LCCT Sepang, sejak awal pagi bagi menyelesaikan segala urusan sebelum  kapalterbang berlepas ke Bandung pada jam 6.50 pagi. 

Mereka yang menyertai percutian ini terdiri daripada pihak pengurusan Valcambi Malaysia Sdn Bhd, iaitu, Teoh, Tan, Jamal (penulis) dan pemimpin-pemimpin perniagaan produk Valcambi World yang terdiri daripada CD Zainon, CD Aniza, CD Mila, suaminya Rosidi, SD Wanie, suaminya Sham dan anaknya Umairah, SD Wan Shafinar (Dekna), SD Rose dan SD Yasmin.
 
 Bergambar di International Airport Husein Sastranegara, Bandung
 
Sebaik tiba di Bandung pada jam 8.10 pagi waktu tempatan (waktu Malaysia 9.10 pagi) dan mengambil bagasi masing-masing, kami telah mengambil gambar kenangan sebelum menaiki bas khas, yang akan bersama-sama sepanjang percutian 3 hari 2 malam ini bersama pemandu pelancung yang hanya dikenali sebagai Beng.
 
Minum pagi di Kampuin Café, Bandung

Minum pagi di Kampuin Café, Bandung

Memandangkan Bandung terkenal dengan tempat membeli belah, agenda pertama selepas sarapan pagi di Kampuin Cafe, ialah membeli belah di Pasar Baru.   Masa yang diperuntukkan adalah selama 5 jam sebelum berkumpul semula untuk ke destinasi yang seterusnya.  5 jam untuk shopping??  Mungkin waktu yang singkat untuk yang memang kaki shopping (terutama kaum wanita hehe), tetapi bagi kaum bapa yang menyertai rombongan ini, ternyata boring, letih dan terpaksa menunggu saja di kiosk di tingkat 6 sambil minum kopi dan makan ais kacang.
 
Bersama hasil tangkapan
 
Akhirnya, semua berkumpul semula di tempat yang dijanjikan dengan masing-masing membawa 'hasil tangkapan' yang bernilai berjuta-juta rupiah.  Itulah kelebihan bercuti di Indonesia, dengan pertukaran matawang Indonesia, masing-masing terus menjadi jutawan.
 
Pada jam 4.00 petang, kami menaiki bas untuk ke beberapa 'factory outlet' di sekitar Cihampelas Walk.
 
Beng namakan kawasan ini sebagai Jalan Adi Wira
 
Sesuatu yang menarik di Bandung, hampir semua premis perniagaan menyediakan bilik solat.  Cuba tanya beberapa premis perniagaan, di mana tempat solat, mereka akan segera tunjukkan tempatnya.  Sementara menunggu mereka yang sedang seronok membeli belah, penulis telah solat jamak di mossalla di salah  sebuah 'factory outlet'.  Cuma yang kurang menarik, tiada pengasingan tempat lelaki dan perempuan didalam musolla  ini.
 
 Makan malam di Restoran Sederhana Masakan Padang
 
Setelah itu, rombongan kami telah dibawa untuk makan malam di Restoran Sederhana Masakan Padang di Jalan Setiabudi. Ketika menjamu selera, tergambar keriangan dan kelegaan pada wajah masing-masing.  Mungkin kepenatan di sepanjang perjalanan dan shopping di sepanjang hari ini, berbaloi dengan sajian makanan yang dihidangkan.
 
Selepas jamuan, kami telah dibawa ke  factory outlet Rumah Mode, berhampiran dengan restoran tersebut untuk menyambung agenda membeli belah. Selagi tak sampai ke hotel, selagi itulah juwatan segera berbelanja hahaha.....
 
 Bilik 127 di Hotel Papandayan
 
Akhirnya, kami tiba juga di Hotel Papandayan untuk check-in pada jam 11.00 malam.  Masing-masing tidak mengambil masa yang lama untuk masuk ke bilik masing-masing dan beristirehat melepaskan keletihan.
 
8 April 2014 (Selasa)
 
Penggera jam yang memang berbunyi pada jam 4.50am setiap pagi, telah mengejutkan penulis, lantas bangun, mandi dan bersiap menanti subuh.  Oppsss... rupanya waktu tempatan baru jam 3.50 pagi hahaha..   Akibatnya, penulis menjadi orang yang pertama bersarapan di Restoran Pago.  Layanan yang mesra dan dengan menu yang pelbagai, penulis telah merasai hampir kesemua makanan yang disajikan.  Bukan makan banyak, ya.. rasa sikit-sikit saja... 
 
 Bersarapan sebelum menyambung lawatan dan shopping
 
Kemudian, satu persatu rakan-rakan muncul untuk sarapan pagi.  Penyelia restoran telah meminta penulis untuk berikan maklumbalas terhadap restoran mereka.  Agaknya mereka memerhati dari tadi.. penulis datang awal, merasai hampir semua menu dengan kadar yang sedikit, mengangguk bila sedap, diam bila rasa makanannya biasa-biasa aje; lantas mereka minta isikan borang komen.  Agaknya lah...
 
Tepat jam 8.30pagi seperti yang dijanjikan, pemandu pelancung kami, Beng; muncul untuk meminta kami siap sedia ke Tangkuban Perahu, iaitu kawasan gunung berapi dan salah satu tempat pelancungan yang terkenal. 

Disepanjang perjalanan, Beng telah bercerita tentang sejarah Bandung, nama jalan dan kaitannya, bangunan peninggalan Belanda yang kini jadi pejabat kerajaan, rumah-rumah mewah dan pemiliknya, kisah pilihanraya yang sedang berlangsung, tempat-tempat bersejarah dan pelbagai lagi.
 
 Menaiki van ke Tangkuban Perahu
 
Sebaik sampai ke check point, kami terpaksa menaiki van kerana bas pelancung tidak dibenarkan naik ke Tangkuban Perahu. Suasana di Tangkuban Perahu, masih sama seperti dulu, ketika bercuti pada tahun 2009.  Kita dikerumuni dan diekori oleh peniaga-peniaga yang menjual pelbagai jenis cenderamata. Suasana sejuk, sedikit berdebu dan sesekali terbau belerang. 

Bergambar berlatarbelakangkan Kawah Ratu

Hampir satu jam di sana, masa dihabiskan dengan mengambil gambar kenangan dan mengelilingi rangkaian kedai cenderamata.  Memandangkan harga barang yang ditawarkan agak mahal berbanding dengan di Pasar Baru di Bandung, rasanya tiada siapa pun dikalangan kami yang berbelanja di situ.

Bila sudah tengahari, banyak pokok dari buah

Perjalanan diteruskan ke ladang strawberi di perjalanan balik dari Tangkuban Perahu. Kami diberi segelas jus strawberi setiap seorang  sebagai 'minuman selamat datang'.  Pada mulanya, ramai yang teruja untuk memetik buah strawberi dan membelinya, tetapi kerana kami sampai sudah waktu tengahari, tidak banyak pilihan buah yang ada. Jadi, tiada siapa yang memetik dan membelinya.

Makan tengahari di Restoran Sapu Lidi

Perjalanan diteruskan ke Restoran Sapu Lidi untuk menikmati jamuan tengahari yang telah ditempah awal.  Suasana makan dibendang memang unik sambil melihat batas-batas sawah tetapi tidak mengamit perasaan Mila yang berasal dari Perlis, yang katanya, "dah biasa makan ditepi sawah ni..."

Hidangan yang menyelerakan
 
Antara menu yang dihidangkan ialah cumit dak dik duk, air kelapa muda bercampur halia, jus durian belanda, rojak, tauhu goreng, nasi berlauk ayam dan sate, sayur-sayuran, beberapa jenis sambal, sos, tempe dan beberapa jenis lauk pauk lagi.  Cukup menyelerakan dan mengeyangkan.

Lawatan seterusnya, jika ikut agenda asal ialah ke Gedung Sate Bandung, iaitu bangunan sejarah peninggalan Belanda dan ke acara kebudayaan, tetapi ada cadangan dikalangan kaum wanita untuk meneruskan acara membeli belah di outlet-outlet di sekitar Bandung, manakala orang lelaki pula minta untuk pulang ke  hotel. Malangnya akibat kesesakan jalanraya dan keletihan, akhirnya, kami semua telah pulang ke hotel untuk berehat seketika dan bersiap untuk jamuan makan malam di Kampung Daun.

Bersiap sedia untuk ke jamuan makan malam

Seawal jam 6.00 petang, semua telah siap sedia untuk menaiki bas.  Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam, telah melalui jalan-jalan sekitar Bandung dan pemandu pelancung kami, Beng, yang terus bercerita tentang sejarah Bandung, sempat juga mencuri perhatian dengan menceritakan cita-citanya untuk menjadi Presiden Indonesia di masa depan.

Sebaik sampai ke Kampung Daun, kami telah dibawa ke tempat jamuan, yang telah tersedia menantikan kedatangan kami. Sekali lagi, kami telah dijamu dengan makanan yang pelbagai jenis, lazat dan menyelerakan.

Makan malam di Kampung Daun

Tetapi agak mengecewakan kerana majlis makan malam ini hanya dipenuhi dengan makan-makan, berbual sambil bergelak ketawa dan bergambar tanpa ada acara yang lain. Kedengaran sedikit rungutan tentang hal ini.  Ahli rombongan mungkin menginginkan sedikit hiburan, sekurang-kurangnya acara kebudayaan atau setidak-tidaknya berkaraoke.  Pihak agensi pelancungan pula, mungkin beranggapan ia tidak perlu, memandangkan mereka telah aturkan acara kebudayaan di sebelah siang yang tidak kami penuhi.

Lebih kurang jam 10.00 malam, kami telah pulang ke hotel.  Memandangkan malam masih muda dan esok adalah hari terakhir percutian ini, sebahagian dari kami telah ke seberang jalan untuk berkaraoke, manakala sebahagian yang lain berhasrat ingin mengurut  kaki (refleksologi) di hotel. 

Akhirnya, yang ingin menyanyi terus berkaraoke, tetapi yang ingin berurut tidak dapat melaksanakan hasrat memandangkan harga yang ingin dikenakan agak mahal.

9 April 2014 (Rabu)

Kalau pagi semalam seawal jam 6.00 pagi penulis telah ke restoran untuk bersarapan, pagi ini sengaja lewat sedikit iaitu hampir jam 7.00 pagi.  Sekali lagi, masih jadi orang yang terawal untuk minum pagi... hihihi..

Minum pagi di Restoran Pago

Sekitar jam 9.00 pagi, semua telah minum dan check-out dari hotel.  Acara hari ini asalnya ringkas sahaja, iaitu ke Kartika Sari, sebuah perusahaan kek yang terkenal, kemudian makan tengahari, sebelum berlepas pulang ke Malaysia. Tetapi, sebaik sampai, Kartika Sari masih belum dibuka. Menurut pengawal keselamatan disitu, ia dibuka lewat sedikit bagi memberi ruang untuk kakitangan pergi mengundi terlebih dahulu, memandangkan hari ini, adalah hari mengundi di seluruh Indonesia.  Patutlah, jalanraya agak lengang.



Oleh itu, kami telah sekali lagi ke Pasar Baru hingga jam 11.30 pagi, sementara menantikan Kartika Sari dibuka.  Tentu saja peluang ini diambil untuk membeli belah dan menghabiskan baki rupiah yang ada oleh rombongan kami ini.  Ketika di Kartika Sari, nampaknya tidak banyak pun kek yang dibeli.  Mungkin kerana telah terlebih berbelanja sebelumnya.

Perjalanan ke lapangan terbang agak sesak, barangkali kerana masing-masing telah mengundi dan kembali menjalani kehidupan harian seperti sediakala.  Kami sampai hampir pada jam 2.00 petang lantas menuju ke kedai makan berhampiran untuk makan tengahari.

Sabar menanti untuk makan tengahari terakhir di Bandung

Setelah itu, masing-masing memunggah beg-beg masing-masing dari perut bas untuk check-in sebelum ke balai menunggu.  Ternyata, bilangan beg telah bertambah.  Penulis yang tidak membeli belah telah berseloroh sambil berkata, 'nampaknya beg masing-masing dah beranak-pinak... hahaha'

Kapal terbang telah berlepas pada jam 5.30 petang dan kami tiba semula di LCCT pada jam 7.15 petang waktu Malaysia.

Pulang marilah pulang... marilah pulang... bersama-sama

Begitulah berakhirnya Percutian Ke Bandung selama 3 hari 2 malam bersama Valcambi Malaysia Sdn Bhd.  Ia penuh dengan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan.  Banyak lagi kisah lain dalam percutian ini yang tentu menjadi pengalaman dan panduan yang berguna untuk percutian-percutian yang akan datang.

B
Selamat sampai ke LCCT

Semoga percutian ini menjadi pendorong bagi rakaniaga-rakaniaga produk Valcambi World yang lain untuk turut sama mencapai kejayaan-kejayaan bagi membolehkan mereka juga berjaya meraih pendapatan sampingan yang lumayan  dan dapat pula turut serta bersama-sama kami di percutian yang lain di masa akan datang.  Jom bersama Valcambi World!

Corat-coret ketika di Bandung:

Makan-Makan di Bandung


Bersambung dengan Corat-Coret yang lain ketika di Bandung... Tunggu....!!!
 
Jalan-Jalan di Bandung
 
Bercuti dengan hanya RM9.00 ?
 
Berkenalan dengan bakal Presiden Indonesia
 
Semangat Peniaga Jalanan
 
Pantun Balik Dari Bandung
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan