Jumaat, April 19

Jumpa di Facebook


Terima kasih
kerana sudi singgah di sini
walau hanya tujuh bulan
bersama mengharungi tanggungjawab
bekerja dengan minat, membantu dengan kesungguhan
hasil yang diberikan sungguh baik sekali

Maafkan kami
sekiranya di sepanjang perjalanan ini
mungkin tidak dapat memenuhi kehendak
mungkin ada memungkiri janji
mungkin terkasar bahasa, tersilap bicara
kerana kami hanya manusia biasa
yang tidak terlepas dari silap dan dosa


Harapan dan doa kami
agar terus berusaha dan berjaya
dalam apa jua peluang yang mendatang 
sentiasa tabah menghadapi segala
semoga terus diberikan kejayaan dan kekayaan
di dunia dan di akhirat

Semoga 
tidak lupa kami disini
yang meneruskan kelangsungan hidup
berjuang untuk mencapai matlamat
memenuhi impian semua yang bersama kami

Walau tidak lagi di sini
tetapi akan terus teringat
kata-kata di hari terakhir bersama....
'kita jumpa di facebook'


Taman Permata, Ulu Klang
19 April 2013
9.00pm
www.puisijamal.blogspot.com


Antara lagu kegemaran Azela yang sering
dikumandangkannya ketika waktu rehat di pejabat

 Didedikasikan kepada Azela Johar yang menjadi warga kerja sehingga 19 April 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan