Ahad, Januari 5

Pertemuan Pertama ex-STTJ 2014

Alhamdulillah, hasrat Jamaluddin Ismail yang kami gelar Jamal Saudi, sahabat yang bekerja di Arab Saudi; untuk adakan sessi 'Ngeteh' bersama kawan-kawan ex-STTJ, terlaksana pada 3 Januari 2014, di Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur.
 
Jamal Saudi yang baru saja tiba dari Jeddah hanya beberapa jam sebelum itu, dalam keadaan letih dan terpaksa berjalan berdengkot-dengkot akibat penyakit gout, masih sempat untuk mengadakan perjumpaan tersebut yang mendapat sambutan menggalakkan dari rakan-rakan.


Jamal Saudi, dalam menahan sakit,
masih tersenyum melayani rakan-rakan
Terima kasih kepada semua yang hadir, dari jauh dan dekat.  Selain kehadiran Jamal Saudi dan Dania, isterinya, sebagai host, majlis turut dihadiri oleh Jaybob dan Jana dari Seremban, Mike, Yatie dan anaknya, Izzani Alisa dari Senawang (yang tersesat hingga ke Gombak), Maszeri dan Elyn dari Bukit Jelutong (Maszeri berkejar dari Kuantan untuk bersama  ke majlis ini), Rauah dan gundunya, Khairul Anam dari Rawang, Tona dari Kuala Selangor, Ringgo dari Shah Alam, Harun yang datang single (biasanya berdua) dari Subang, Izwas pun datang seorang je (biasanya berdua juga) dari Putra Height, Waznah dari Selayang, selain Zain dan penulis, yang tinggal berhampiran dari lokasi perjumpaan.
 
Antara menu popular

Dengan tempat yang menarik, menu masakan Kelantan yang enak (lebih-lebih lagi buat Jamal Saudi yang sering kerinduan masakan Melayu) dan suasana yang cukup santai, pertemuan ini penuh dengan gelak ketawa, menyingkap kenangan silam, mengimbau kisah lama dan baru dan bersembang tentang aktiviti-aktiviti semasa rakan-rakan.
Ole-ole dari Leeza


Terima kasih buat Leeza yang telah mengirimkan Durian  Crepe sebagai pengganti diri walaupun tidak dapat untuk hadir sama. 
 
Saffron Iran
Jamal Saudi pula, dengan beg ajaibnya, telah keluarkan satu per satu kiriman rakan-rakan.  Selain pesanan popular, Vicks dari Jerman, ada juga yang memesan Teh Bergamont, Saffron, lemak unta (pesanan siapalah ni?),  tasbih koka, kurma ajwa, air zam-zam, dan sebagainya.  Terima kasih pada my twin (panggilan penulis pada Jamal - nama kami sama hihihi) kerana belikan saffron.

Di pertemuan ini juga, penulis berkesempatan untuk menyampaikan hadiah tajaan Saudagar Emas Trading kepada mereka yang diiktiraf sebagai 'pasangan sporting' semasa program Reunion ex-STTJ 85/86 2013 lalu.  Kebetulan pula, keempat-empat pasangan ini, dapat sama-sama hadir di perjumpaan ini.  Mereka yang terpilih adalah pasangan Jamil/Fatonah, Jaybob/Jana, Maszeri/Elyn dan Mike/Yatie.  Tahniah kepada mereka dan terima kasih atas sumbangan mereka di sepanjang program Hari Raya/Reunion Tahunan yang lalu.


Ibu-Ibu dengan gaya mereka

Bapa-bapa dengan senyuman

Group berasap
Dalam bersukaria, kami tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir, dengan memberikan liputan secara langsung melalui whatsapp.  Begitu juga, kami mendoakan agar rakan-rakan yang tidak sihat agar cepat sembuh iaitu, Leeza dan Gie.  Di kesempatan ini, dapat juga membuat kutipan derma kilat bagi mengingati arwah Azizah Adam, yang meninggal dunia baru-baru ini.

Duduk: Jamal Saudi, Ringgo, Jamal, Tona, Jana, Harun
Berdiri: Iwe, Dania, Masz, Yatie, Mike, Elyn, Rauah, Waz, Zain, Jaybob
Pertemuan ini berakhir melewati jam 11.30 malam, selepas sessi bergambar beramai-ramai.

Semoga sessi 'ngeteh' yang menjadi Pertemuan Pertama ex-STTJ 2014 ini, menjadi titik permulaan untuk pertemuan-pertemuan yang seterusnya di sepanjang tahun 2014 ini.



Hijab Kekasih - Dato' M. Nasir
 

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah... semoga persahabatan terjalin akan tetap kukuh hingga hujung nyawa..Amin

    BalasPadam
  2. Lepas ni sesi NGETEH di JB tajaan Rafinov.... lokasi dan tarikh akan diberitahu

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana mengaturkan pertemuan twin. you, the man!
    terima kasih pada yg sudi hadhir. it made my day!

    BalasPadam