Selasa, November 12

Berkongsi Resepi


Hari ini agak lapang sedikit.  Tidak ke pejabat lalu ambil kesempatan untuk memasak di rumah.  Kebetulan, semalam ke pasaraya Aeon Big di Wangsa Maju. Biasalah, membeli barang-barang keperluan dapur.

Singgah di sudut pokok hidup untuk membeli anak pokok selasih bagi menggantikan pokok-pokok selasih yang telah mati di pasu di halaman rumah. Maklumlah, tinggal di rumah teres, manalah ada kawasan untuk bercucuk tanam.

Walaupun terdapat pelbagai pokok yang lain di sudut jualan itu, tetapi jurujualnya tiada. Tak dapatlah membeli anak pokok selasih tersebut.  Tapi sempat pula belek-belek beberapa anak pokok selasih.

Rupa-rupanya di celah-celah pokok tersebut, tertera resepi ringkas masakan kepah dan daun selasih. Tertulis disitu, "Masukkan kepah, sos tiram dan daun selasih. Goreng dan makan."  Ahh.... mudahnya. 

Resepi itu agak ringkas, tapi menggamit untuk mencuba kerana kebetulan baru saja membeli seikat daun selasih di pasaraya NSK di kawasan yang berhampiran. Apa lagi, terus ke bahagian pasar dan beli kepah.


Kepah Goreng Daun Selasih

Kalau ada yang nak mencuba resepi ini, silakan ke  http://jomcubaresepiini.blogspot.com/2013/11/kepah-goreng-daun-selasih.html

 
Ketika sedang memasak resepi ini, di radio berkumandang lagu
Hijab Kekasih oleh Dato' M. Nasir


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan