3 Disember - Selasa
3.07am - Utih Yasin
Tumbuh melata si pohon anggur
Buah lada rasanya pedas
Mengapa mata tak mahu tidur
Esok kan ada nak sambung tugas
3.42am - Fatonah
Tumbuh melata si pohon anggur
Panjat pokok jatuh tertiarap
Memang mata belum boleh tidur
Kerana masih banyak tugas belum siap
4 Disember - Rabu
4.20pm - Jamaluddin Khalid
Pantun untuk seorang kawan:
Duhai kawan ku yang senada
Mengapa kini kau jauh dimata
Walau dimana dikau berada
Janganlah lupa khabar berita
4.22pm - Saido San
Hujan ribut sukar diramal
Sediakan sampan atau perahu
Pantun Jamal untuk si Jamal
Tentu tak tahan menanggung rindu
4.31pm - Jamaluddin Khalid
Teman baik tempat bercerita
Saling faham akan ragamnya
Kawan hilang tanpa berita
Hati bergolak tertanya-tanya
Jamal rindu siapa ni, cer cerita - Sue 4.32pm
Jamal cakap "biarlah rahsia" - Iwe 4.33pm
4.34pm - Saido San
Hujan ribut sukar diramal
Dari Kuantan sampai ke Maran
Kalau rindunya bukan pada Jamal
Sudah tentulah untuk jiran
4.36pm - Jamaluddin Khalid
Kawan serasi tidaklah ramai
Bila menghilang terasa rindu
Gelodak hati semakin mamai
Pada siapa hendak mengadu
4.37pm - Leeza
Tingginya terbang si burung helang
Terbangnya pula berkawan-kawan
Teman di rindu bukannya hilang
Mungkin sembunyi di balik awan
4.39pm - Jamaluddin Khalid
Saido cuba meneka-neka
Walau tekaan sambil lalu
Itu maksud kawan yang peka
Memang sukar dapat selalu
Terima kasih, Saido - Jamal 4.39pm
4.46pm - Leeza
Ikan duri si ikan todak
Usah di cari di dalam pasar
Mengapa hati jadi gelodak
Whatsapp kan ada bertanya khabar
5 Disember - Khamis
9.49pm - Utih Yasin
Pantunlah satu... Daripada senyap je semua
Sekuntum senyum menjadi ubat
Biar tenggelam rasa rindu
Assalamualaikum wahai sahabat
Selamat malam di angin bayu
10.05pm - Waznah
Senyuman manis di angin lalu
Buat peneman di kala rindu
Hajat di hati nak di sini selalu
Tapi kekadang busy tak menentu
10.13pm - Sulaiza Sulaiman
Hujan reda petir bergema
Singgah berteduh ditepi kolam
Kenapa malam baru menjelma
Wassalam Utih selamat malam
10 Disember 2013
9.11pm - Utih Yasin
Dua tiga kucing berlari
Tidak sama dengan harimau
Dua gelas minum air laici
Tetap tak sama dengan teh o ais limau
11 Disember 2013
12.53am - Utih Yasin
Makan jeruk buah anggur
Jangan banyak sangat sudah
Mata dah ngantuk baik tidur
Moga nyenyak mimpi indah
1.56am - Sulaiza Sulaiman
Makan jeruk buah anggur
Manis rasanya rosak gigi
Mata dah ngantuk memang nak tidur
Kerja berlambak tak siap lagi
Cantik pantun tu - Jamal 1.58am
Tidur je kak long - Izwas 1.5am
3.44am - Leeza
Antara emas intan permata
Manakan sama si biji saga
Hendak tidur, tidurlah mata
Usah dibiar hamba berjaga
3.53am - Leeza
Pergi belayar ke Negeri China
Menuntut ilmu hingga ke sudah
Kawan-kawan semua terlena
Pasti di ulit mimpi yang indah
4.07am - Saido San
Hati-hati tika berundur
Sila pandang orang keliling
Mata masih tak mahu tidur
Hanya terbaring menatap siling
4.28am - Utih Yasin
Ikan parang ikan betutu
Ikan senangin ikan gelama
Bukan seorang buat begitu
Ada yang lain dua kali lima
13 Disember 2013
10.09pm - Jamaluddin Khalid
(Maszeri bertanya tentang ubat untuk kucingnya yang sakit mata
dan mendapat pelbagai idea 'mengarut' dari kawan-kawan lain).
Terlerai sudah soalan Mash
Dengan jawapan Tona berikan
Maafkan kekadang kami too much
Idea kami memang bukan-bukan
19 Disember 2013
11.24pm - Jamaluddin Khalid
Untuk kawan-kawan yang tidur tak lena:
Kawan hilang entah ke mana
Hendak ku cari terasa kaku
Jika tidurmu tiada lena
Itulah tanda hembusan rinduku
21 Disember 2013
12.40pm - Jamaluddin Khalid
Masa hujan mencari teduh
Bila dah teduh makanlah pengat
Masa dekat asyik bergaduh
Bila jauh teringat-ingat
1.09pm - Abdul Rahman
Mencari teduh di hujan tak sudah
Pengat terhidang pembuka hajat
Usah tuan merasa gundah
Nama tuan sudah terpahat
Terima kasih, Man :) - Jamal 1.15pm
23 Disember 2013
8.12am - Jamaluddin Khalid
Untuk kawan-kawan (Mash, Elyn, Saido dan Man)
yang sedang bersarapan bersama di Johor Bharu pagi ini:
Pagi isnin bersama kawan
Minum-minum sambil bersembang
Begitu utuh semangat setiakawan
Gambar dikirim menjadi lambang
24 Disember 2013
7.15am - Abd Rahman
Harum kasturi penambat rindu
Mengait kasih di subuh hari
Sampaikan salam utusan syahdu
Ikatan ukhwah kekal berseri
7.40am - Jamaluddin Khalid
Seribu senyum seribu madah
Kasih dikuntum indah berseri
Salam dihulur suasana indah
Ikatan ukhwah sudah termetri
👍 Jamal - Man 7.40am
Pening juga nak reka pantun tu - 7.41am
Kau dah pro sekarang bab pantun ni - Man 7.42am
U lah yang jadi gurunya 👍 👍 - Jamal 7.49am
25 Disember 2013
12.11am - Fatonah
Seorang lagi classmate meninggalkan kita, Jamal.
1.14am - Jamaluddin Khalid
Hendak tidur mata tak terpejam
Merenung jauh di tengah malam
Nyawa yang ada pun kita pinjam
Moga menjadi ingatan mendalam
Respon pada Tona, mengenang arwah Azizah
dan menginsafi diri...
30 Disember 2013
9.14am - Utih Yasin
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih tangkainya perang
Teringat emak teringat saudara
Mana kekasih ni, kok bf seorang...
9.19am - Sulaiza Sulaiman
Nasi lemak buah bidara
Makan bersama sotong putih
Usah Utih gundah gelana
Kejap lagi Sue temankan Utih
31 Disember 2013
11.00am - Abdul Rahman
Menyulam raga tiada berangka
Tikar dianyam gadis berempat
Hanya tahun bercerai angka
Silaturahim tetap bertaut rapat
5.13pm - Jamaluddin Khalid
Menyulam raga tiada berangka
Tikar dianyam gadis berempat
Jumpa kembali memang tak jangka
Usaha Tona memanglah tepat
8.00pm - Abdul Rahman
Titis embun sejuk menjerat
Mentari pagi membias bumi
Usah diurai genggaman erat
Biar ikatan kekal bersemi
8.31pm - Jamaluddin Khalid
Titis embun sejuk menjerat
Mentari pagi muncul bertamu
Persahabatan sudah menjadi erat
Walau jarang dapat bertemu
10.53pm - Utih Yasin
Buai laju-laju
Sampai pohon tembusu
Esok tahun baru
Happy besday Sue
Tq Utih. My 1st birthday wish - Sue 10.54pm
11.26pm - Abdul Rahman
Tegap tauhid iman mengukuh
Tunduk sufi aqidah terlakri
Biar masa bergerak angkuh
Semangat ukhwah segar berdiri
Hebat, Man. Den angkek tangan - Jamal 11.32pm
Jangan, Mal.. kau pun apa kurangnya - Man 11.36pm
11.52 - Jamaluddin Khalid
Buat seorang teman:
Pergi ke kebun mengait buah
Untuk hidangan tuan puteri
Walaupun ada sutera bertuah
Belacu masih indah berseri
11.59pm - Jamaluddin Khalid
Berhajat makan buah berangan
Rupanya ada di tepi perigi
2013 banyak bawa kenangan
Kawan yang datang, juga yang pergi
Zapin Bernasib - Siti Nurhaliza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan