Program ini adalah merupakan acara tahunan dan kali ini merupakan kali ketiga diadakan selama 3 tahun berturut-turut.
Tahniah dan terima kasih kepada Jamil dan Tona yang sedia dan setia menjadi host setiap tahun. Usaha dan tungkus lumus mereka berdua di samping ahli keluarga dan warga MJ Fatonah yang lain, telah melicinkan perjalanan program ini hingga bukan sahaja bagai tidak ada cacat celanya malah memberikan yang terbaik kepada kami semua. Kami sangat-sangat menghargainya dan merasa segan pula atas layanan yang begitu istimewa. Terima kasih sahabat.
Sessi makan tengahari mendahului acara sementara menantikan kehadiran rakan-rakan lain dari seluruh tanahair. Ada yang tiba sejak pagi seperti Yati dan Jeff. Kemudian disusuli dengan Jaybob sekeluarga, Wahid (Jack) si bujang Malaya dan Gie bersama anaknya.
Diberi amanah untuk mengacarakan majlis ini, penulis memulakan dengan pantun:
Assalamualaikum pembuka kata
Selamat Datang kami ucapkan
Saling bertanya khabar berita
Persahabatan lama terus semaikan
Hari ini penuh bermakna
Perjumpaan reunion sesama kita
Semua berkumpul di ladang Tona
Dapatlah berjumpa dan bercerita
Rauah dikenal dengan tawanya
Garang si David dapat pada Sue
Jamil dan Tona jemput ke ladangnya
Gelak tawalah ya jangan membisu
Tapi acara pembukaan dan saranan untuk "gelak ketawa jangan membisu.." tiada maknanya kerana masing-masing sibuk bersembang dan bergelak ketawa sepanjang majlis ini berlangsung ha ha
Kemudian sessi memperkenalkan diri dimulakan. Maklumlah ketika berkumpul ini, bukan saja ada yang tidak berjumpa lebih 27 tahun lamanya, tetapi ada juga yang saling tidak mengenali dan tak perasan pun kawan-kawan tertentu semasa di sekolah dahulu. Kiranya ini bukan saja majlis perjumpaan semula tapi kepada beberapa orang sahabat, ia menjadi majlis mendapat kenalan baru pula.
Wahid (Jack) menjadi tumpuan sebagai Lelaki Idaman Malaya. Beliau hadir buat pertama kali, menjadi fokus apabila dengan wajah machonya mengumumkan masih single lagi. Beliau agak pemalu dan pendiam. Tapi tetap menjadi tumpuan dan jelingan rakan-rakan wanita yang hadir. Bertuah lah Jack.
Harun juga menjadi tumpuan kali ini yang bercerita tentang kisah di masa muda beliau yang tiada teman wanita dan akhirnya dipaksa berkahwin. Kisah dan gelagat Harun menjadi gelak ketawa dan ramai yang berebut mengambil gambar dengannya selepas itu yang kebetulan harus beredar awal untuk ke sekolah anaknya.
Seterusnya, masing-masing diberi peluang untuk perkenalkan diri, lebih-lebih lagi mereka yang pertama kali menghadiri perjumpaan ini.
Tentu sekali Noni juga turut menjadi tumpuan kerana begitu lemah lembut perkenalan diri pada penampilan kali pertama ini. Bak kata Rauah, "Wanita paling lembut aku pernah jumpa dalam group ni". Khabarnya, rakan-rakan di pejabat gelarkan Noni ni agar-agar, betul ke, Noni? Oppss... :)
Antara jejaka paling popular juga tentulah Saido San - Si Penunggu Malam. Beliau mendapat gelaran baru, Batman pada hari itu dan merupakan satu-satunya orang bujang yang hampir setiap hari ke luar negara. Maklumlah bekerja di negara orang.
Seterusnya, masing-masing diberi peluang untuk perkenalkan diri, lebih-lebih lagi mereka yang pertama kali menghadiri perjumpaan ini.
Noni antara yg hadir kali pertama
Tentu sekali Noni juga turut menjadi tumpuan kerana begitu lemah lembut perkenalan diri pada penampilan kali pertama ini. Bak kata Rauah, "Wanita paling lembut aku pernah jumpa dalam group ni". Khabarnya, rakan-rakan di pejabat gelarkan Noni ni agar-agar, betul ke, Noni? Oppss... :)
Saido San Si Penunggu Malam dapat title baru: Batman
Antara jejaka paling popular juga tentulah Saido San - Si Penunggu Malam. Beliau mendapat gelaran baru, Batman pada hari itu dan merupakan satu-satunya orang bujang yang hampir setiap hari ke luar negara. Maklumlah bekerja di negara orang.
Terima kasih Elyn yang kirim pantun dari Man Diva (Man Diva?) yang minta dibacakan kerana beliau tidak dapat hadir. Berikut adalah pantun tersebut:
Kembara laksamana tiada berdua
Denai ditempuh bersulam titi
Walau diriku tidak bersua
Dikau semua tetap dihati...
Kecapi tua tiada beroda
Tinggalan dari putera ketiga
Usah ditangis hamba tiada
Tahun hadapan bertemu juga
Kukuh kasih untukmu Nona
Tanda sayang janji dijunjung
Untuk MJ dan Puan Fatonah
Jasamu dikenang budi disanjung
Acara selanjutnya adalah penayangan video yang dibuat khusus untuk majlis ini. Ia adalah secebis kenangan aktiviti sepanjang setahun bermula dari Majlis Reunion 2012, aktiviti-aktiviti selepas itu, sehingga program rumah terbuka yang diadakan sepanjang Syawal ini. Layari video tersebut di http://masterjamal.blogspot.com/2013/08/reunion-ex-sttj-2013.html
Semasa video ditayangkan, terdapat sambutan gelak ketawa dan tepukan di bahagian-bahagian tertentu. Dan tentulah gambar adik bongsu kita, "Fatonah si tukang sembelih" menjadi perhatian utama dan mendapat tepukan paling gemuruh.
Gambar menceritakan segalanya
Acara selanjutnya adalah Cabutan Nombor Bertuah. Terima kasih kepada semua penyumbang hadiah. Ia adalah satu usaha untuk menambah ceriakan majlis ini dan ia berjaya, Alhamdulillah.
Program diteruskan dengan acara tradisi, iaitu BBQ. Kami dijamu dengan kambing bakar, kluk kluk (Ayam Belanda) bakar, hotdog dan keropok lekur. Antara minuman yang disajikan ialah air oren, teh tarik dan Kopi Gold Classic jenama ValcambiWorld (oppsss... sempat promote..).
Sessi fotografi beramai-ramai menjadi acara penutup rasmi sebelum masing-masing mula bersurai dan lebih ramai yang terus berbual-bual seolah-olah tidak mahu meninggalkan majlis. Ia begitu santai dan rasa terharu juga. Bukan mudah untuk berkumpul begini selalu.
Baris Belakang dari kiri: Ibrahim Yem, John (Hanizam), Jack Idris (Wahid), Salfian, Maszeri, Ayie & Amin
Baris tengah dari kiri: Jaybob, Ghafar, Ringgo, Jamal, Saido, Zain, Mike, Sufian, Hamidun, Awin, Mastura, Zana & Yatie
Duduk dari kiri: Gie, Saripah, Noni, Rauah, Hasrul, Tona, Waznah, Syn, Elyn & Leysa
Hadir tapi tiada dalam gambar: Prof Jaa, Harun, Norhayati (Naz) & Maza

Penghargaan dan terima kasih kepada semua yang dapat hadir samada yang datang berseorangan dan bersama keluarga. Kepada yang tidak dapat hadir, kami memahami situasi tersebut. Kita merancang dan Allah menentukan. Insya Allah, di masa akan datang, kita dapat berkumpul lagi dengan bilangan yang lebih ramai dan lebih meriah.
Terimalah video Program Reunion Ex-STTJ 2013 ini yang disusun dari gambar-gambar yang diambil oleh Jaybob, yang merupakan jurugambar rasmi ketika program berlangsung. Gambar-gambar lain juga di ambil dari facebook dan whatsapp.
Terima kasih Jaybob. Tanpa anda, video ini tidak dapat dibuat dan kenangan tidak dapat berpaut. Semoga ia menjadi kenangan terindah. Gambar-gambar lain boleh rujuk di facebook Jaybob.
Terima kasih Jaybob. Tanpa anda, video ini tidak dapat dibuat dan kenangan tidak dapat berpaut. Semoga ia menjadi kenangan terindah. Gambar-gambar lain boleh rujuk di facebook Jaybob.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan