yang meninggal dunia pada 24 Disember 2013)
Malam yang tidak lena
rupanya beri petanda
kau dijemput pulang oleh Penciptamu
Berita yang diterima
cukup menyentak rasa pilu yang mendalam
lantas kenangan lama terpapar di ingatan
Kau yang pendiam
kekal pendiam hingga ke akhir hayat
dengan rakan rapat yang tidak ramai
kau menjadi sebahagian dari teman yang akrab
namun
jarak dan masa memisahkan
lalu kita jarang dapat bertemu lagi
tapi
hubungan kita tetap mesra
dalam situasi yang berbeza
Maaf dari lubuk hati yang dalam
kerana tidak pernah dapat menziarahi
ketika sihat, semasa sakit malah di waktu tenatmu
aku manusia alpa
lantas menyesal dalam waktu yang terlewat
Terima kasih sahabat
kerana pernah memberi kekuatan ketika aku lemah
pernah mengajar tentang tanggungjawab bersahabat
malah pada waktu lara, kau menjadi penawar duka
Akhirnya... Tuhan lebih menyayangimu
moga kau damai di sana
tika kami masih di sini
menanti detik untuk dipanggil jua
Taman Sri Kota, Taiping
25 Disember 2013
2.34am
www.puisijamal.blogspot.com
Di Batas Masa - Siti Nurhaliza
Terkilan x guna lagi..
BalasPadamKhabar sakitnya pn x sempat diziarahi
Sehingga kau pergi..
Meninggalkan kami tanpa kembali...
Zizah.. semoga kau tenang di sana
Kau susuli Shaharom Shukur menemuiNya..
Giliran kamj jg.. bila2 masa jua..
Kami semua sayangimu.. Azizah binti Adam