Alhamdulillah, hasrat Jamaluddin Ismail yang kami gelar Jamal Saudi, sahabat yang bekerja di Arab Saudi; untuk adakan sessi 'Ngeteh' bersama kawan-kawan ex-STTJ, terlaksana pada 3 Januari 2014, di Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur.
Jamal Saudi yang baru saja tiba dari Jeddah hanya beberapa jam sebelum itu, dalam keadaan letih dan terpaksa berjalan berdengkot-dengkot akibat penyakit gout, masih sempat untuk mengadakan perjumpaan tersebut yang mendapat sambutan menggalakkan dari rakan-rakan.
Terima kasih kepada semua yang hadir, dari jauh dan dekat. Selain kehadiran Jamal Saudi dan Dania, isterinya, sebagai host, majlis turut dihadiri oleh Jaybob dan Jana dari Seremban, Mike, Yatie dan anaknya, Izzani Alisa dari Senawang (yang tersesat hingga ke Gombak), Maszeri dan Elyn dari Bukit Jelutong (Maszeri berkejar dari Kuantan untuk bersama ke majlis ini), Rauah dan gundunya, Khairul Anam dari Rawang, Tona dari Kuala Selangor, Ringgo dari Shah Alam, Harun yang datang single (biasanya berdua) dari Subang, Izwas pun datang seorang je (biasanya berdua juga) dari Putra Height, Waznah dari Selayang, selain Zain dan penulis, yang tinggal berhampiran dari lokasi perjumpaan.
Jamal Saudi, dalam menahan sakit,
masih tersenyum melayani rakan-rakan
|
Antara menu popular |
Dengan tempat yang menarik, menu masakan Kelantan yang enak (lebih-lebih lagi buat Jamal Saudi yang sering kerinduan masakan Melayu) dan suasana yang cukup santai, pertemuan ini penuh dengan gelak ketawa, menyingkap kenangan silam, mengimbau kisah lama dan baru dan bersembang tentang aktiviti-aktiviti semasa rakan-rakan.
Ole-ole dari Leeza |
Terima kasih buat Leeza yang telah mengirimkan Durian Crepe sebagai pengganti diri walaupun tidak dapat untuk hadir sama.
Saffron Iran |
Di pertemuan ini juga, penulis berkesempatan untuk menyampaikan hadiah tajaan Saudagar Emas Trading kepada mereka yang diiktiraf sebagai 'pasangan sporting' semasa program Reunion ex-STTJ 85/86 2013 lalu. Kebetulan pula, keempat-empat pasangan ini, dapat sama-sama hadir di perjumpaan ini. Mereka yang terpilih adalah pasangan Jamil/Fatonah, Jaybob/Jana, Maszeri/Elyn dan Mike/Yatie. Tahniah kepada mereka dan terima kasih atas sumbangan mereka di sepanjang program Hari Raya/Reunion Tahunan yang lalu.
Ibu-Ibu dengan gaya mereka |
Bapa-bapa dengan senyuman |
Group berasap |
Duduk: Jamal Saudi, Ringgo, Jamal, Tona, Jana, Harun
Berdiri: Iwe, Dania, Masz, Yatie, Mike, Elyn, Rauah, Waz, Zain, Jaybob
|
Pertemuan ini berakhir melewati jam 11.30 malam, selepas sessi bergambar beramai-ramai.
Semoga sessi 'ngeteh' yang menjadi Pertemuan Pertama ex-STTJ 2014 ini, menjadi titik permulaan untuk pertemuan-pertemuan yang seterusnya di sepanjang tahun 2014 ini.
Hijab Kekasih - Dato' M. Nasir
Terbaikkkk......
BalasPadamAlhamdulillah... semoga persahabatan terjalin akan tetap kukuh hingga hujung nyawa..Amin
BalasPadamLepas ni sesi NGETEH di JB tajaan Rafinov.... lokasi dan tarikh akan diberitahu
BalasPadamterima kasih kerana mengaturkan pertemuan twin. you, the man!
BalasPadamterima kasih pada yg sudi hadhir. it made my day!