1 Ogos - Khamis
1.59am - Jamaluddin Ismail (Di Jeddah)
Ramadhan yang indah amat terasa
Datangnya ia membawa harapan
Sujudlah aku mengenang dosa
Risau tak ketemu di tahun depan
Datangnya ia membawa harapan
Hari kecamuk penuh soalan
Risau tak ketemu di tahun depan
Bulan yang baik dari seribu bulan
Selamat beribadah
Untuk Saido - Selamat layan jem hehehe
(Saido bersungut kerana jalan masih sesak
walaupun hampir jam 2.00 pagi)
2.04am - Saido San
Daun pandan tepi perigi
Tumbuh melata tidak terkawal
Ramadhan akan berlalu pergi
Sayu hati di subuh Syawal
3.39am - Norizah Noor
Tumbuh melata tidak terkawal
Ramadhan akan berlalu pergi
Jom kawan-kawan.. bangun awal
Kita solat, berdoa dan mengaji..
4.27 am - Fatonah
Tumbuh melata tidak terkawal
Ramadhan akan berlalu pergi
Seminggu lagi menjelang syawal
Apakah bertemu Ramadhan lagi?
2 Ogos - Jumaat
12.43am - Jamaluddin Khalid
Cinta tidak seindah pelangi
Anika warna hanya bayangan
Kasih tak tahu bila pergi
Bila terasa ditinggal keseorangan
Yes... Jamal Selasih mula buka gelanggang - Leeza 12.44am
12.48am - Jamaluddin Khalid
Dari pejabat daku kembali
Sempat juga kain ku sidai
Adakah yang sudi membeli
Jika tiada ku tutup kedai
Jap.. jab... tengah karang ni... - Leeza 12.49am
12.49am - Abdul Rahman
Seindah pelangi warnanya cinta
Hanya bayangan tiada bersentuh
Memang benar bagai dikata
Itulah kasih terpahat kukuh
Leeza lambat sangat - Man 12.49am
Hahaha.. orang teknikal, macam tu lah... - Leeza 12.50am
Eleh... alasan - Man 12.50am
12.52am - Abdul Rahman
Seulas pinang setangkai mawar
Buat tunangan insan tersayang
Apalah guna Jamal menawar
Jika tiada sambutan menghidang
Man dah beli dua kali. Tunggu Leeza pulak. - Jamal 12.52am
Kononnya teknikal - Man 12.53am
12.54am - Abdul Rahman
Kalau kail panjang sejengkal
Tak berjawab katanya teknikal
Ish... ish... ngacau budak-budak ni.. - Iza 12.54am
12.54am - Leeza
Gadis kampung bersopan santun
Aku tak pandai berpantun
Utih, tolong aku.. Aku sub kat Utih la.. - Leeza 12.55am
Ooo... baru tahu. Pantun Leeza yang dulu-dulu tu,
Utih yang buat. Patutlah molek je... - Jamal 12.56am
12.55am - Jamaluddin Khalid
Memang hati menjadi retak
Bila hidangan tidak bersambut
Bukankah tadi Leeza yang mintak
Nasib baik Man menyambut
Mal, kau jangan macam-macam, ya. Mana ada aku bagi pantun.
Bisik-bisik ni, Mal..."Ada ke aku bagi pantun". - 12.59am
Ada dalam simpanan, Leeza. Tunggu hari terbitnya nanti.
Siap ada tarikh dan waktu hahaha - Jamal 1.00am
1.03am - Abdul Rahman
Gadis kampong manis berkata
Bersimpuh tertib tepi perigi
Gurindam indah pusaka kita
Mengapa Leeza terus menyendiri
1.04am - Jamaluddin Khalid
Pantun Leeza molek sekali
Buat kita senyum sendiri
Walaupun rasa bukan yang asli
Akhirnya terpaksa menyerah diri
1.06am - Abdul Rahman
Pantun Leeza molek sekali
Buat kita senyum ke pipi
Andai bicara bukannya asli
Eloklah Leeza diam ketepi
1.08am - Leeza
Pisang emas di atas peti
Bawa belajar ke Inderagiri
Jangan di sangka aku tak reti
Yang tu semua gubahan sendiri
1.09am - Jamaluddin Khalid
Cuba minta bantuan Utih
Utih diam Saido pun jadilah
Tak perlulah Leeza merintih
Utih dan Saido sudah tidurlah
Kau gelakkan aku, Mal... - Leeza 1.08am
1.08am - Abdul Rahman
Ini malam Leeza kena
Mungkin jadi sampai tak lena
Tapi jangan sampai merana
Kerana Utih ada di sana
Ok lah tu. Aku ketawa tengok dorang ngusik kau. - Jamal Saudi 1.09am
Man, tetiba Leeza keluar pantun molek lagi. Rekaan siapa agaknya tu.. - Jamal 1.09am
Adoyaii.. takpe.. takpe.. aku karang lagi ni.. - Leeza 1.10am
1.11am - Leeza
Memasak kuih dengan acuan
Utih dah tidur nak minta bantuan..
1.12am - Abdul Rahman
Utih sedang di ulit mimpi
Bersama is1 berdua-duaan
Hembuslah Leeza asap berjampi
Agar Utih tidak keruan
Demi cabaran korang, aku gagahkan juga - Leeza 1.14am
1.16am - Abdul Rahman
Laksamana gagah pergi mengembara
Ke gunung, hutan, terus berkelana
Indah kata semangat membara
Akhirnya pula entah ke mana
Mal... adakah Jaybob? Yang terus membisu.
Atau tanpa di sangka... Jamal Saudi? - Man 1.17am
Mal... aku rasa baik kita masak nasi untuk sahur.
Setanak nasi pun tak tentu siap pantun Leeza tu. - Man 1.19am
1.19am - Leeza
Pergi ke kedai membeli roti
Pergi membeli dengan si Rini
Jangan korang berteka-teki
Hamba masih ada di sini
Aku cuba nak tengok ada masalah teknikal lagi ke? - Man 1.19am
Man, ada banyak kemungkinan memandangkan Leeza
ni, ramai peminat dalam diam. Mungkin ada talian hayat. - Jamal 1.19am
Pantun sekolah rendah pun, perah otak ke. - Man 1.20am
Ngeh.. ngeh.. ngeh.. - Leeza1.21am
1.23am - Abdul Rahman
Andai pelangi tiada menemani
Apakah gerimis tiada berhenti
Jika kasih masih di sini
Kanda jua masih menanti
Aku cover kau, Leeza.. Kita geng 5B2 - Man 1.24am
Hahaha... rahsia terbongkar sudah. Dalam Leeza minta
bantuan Saido dan Utih... dalam Man tuduh Jamal Saudi
dan Jaybob, akhirnya Man yang mengaku. - Jamal 1.27am
Ayat Man, " Aku cover kau, Leeza.. Kita geng 5B2",
akan kukenang selamanya hahaha.. - Jamal 1.30am
Aku dulu pun selalu tiru add math dia.. aku duduk
belakang dia, Mal. - Man 1.30am
2.07am - Jamaluddin Ismail
Datangnya ia membawa harapan
Hati kecamuk penuh soalan
Risau tak ketemu di tahun hadapan
Malam/Bulan yang baik dari seribu bulan
Hati kecamuk penuh soalan
Tangan ditadah tangis kuiringkan
Malam/Bulan yang baik dari seribu bulan
Malam/Bulan istimewa Al-Quran diturunkan
Selamat beribadah.
10.53pm - Sulaiza Sulaiman
Mana Saido?
Takde pantun kita tidur
Aku jalan ambil angin. Pantun tak pandailah, Sue. - Iwe 11.02pm
10.57pm - Utih Yasin
Burung balam si burung terkukur
Terbang hinggap di tepi paya
Terang malam di tujuh likur
Meriahkan adat menjinjing budaya
Yang lain sibuk pasang pelita ker? - Utih Yasin
11.07pm - Sulaiza Sulaiman
Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Manakan sama abang seorang
Tu pantun masa kecil-kecil dulu. - Sue 11.07pm
Pantun dah tua pulak, Sue? - Iwe 11.08pm
Pantun tak tua, kita yang tua hehe - Sue 11.09pm
11.17pm - Sulaiza Sulaiman
Buah keranji dalam perahu
Masak sebiji atas peti
Hajat hamba ingin tahu
Benarkah cinta bawa ke mati?
11.24pm - Elyn Shalina
Tiada bulan di hening malam
Suram suasana tanpa cahaya
Terang bulan tanpa kelam
Terang hati penuh cahaya
Selamat mencari lailatulqadar kawan-kawanku semua.
Semoga kita semua dirahmati. - Elyn 11.24pm
3 Ogos - Sabtu
12.50am - Utih Yasin
Mawar berduri melingkar kota
Nak dara leka memetik bunga
Dagang mengurai dek airmata
Sampai ketika pulanglah juga.
Selamat kembali ke tanahair Jaybob,,,
Jangan main mercun dalam kapalterbang. - Utih 12.50am
6.06am - Utih Yasin
Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal Sembilan
Pagi-pagi sembahyang subuh
Mohonlah doa kepada Tuhan
Pemantun pertama hari ini. - Iza 6.28am
Awalnya pantun. - Sue 6.34am
6.39am - Jamaluddin Khalid
Pagi-pagi sembahyang subuh
Mohonlah doa kepada Tuhan
Alhamdulillah masjid penuh
Moga ibadat diterima Tuhan
6.48am - Jamaluddin Khalid
Cikgu Sue suka hati
Makan roti dengan madu
Anak nak balik bercuti
Tentu dapat lepaskan rindu
6.51am - Sulaiza Sulaiman
Pagi-pagi tanam bunga
Bunga ditanam dalam pasu
Gembira dan suka tidak terkata
Emir balik lepaslah rindu
6.52am - Norizah Noor
Makan roti dengan madu
Roti dikoyak berjurai-jurai
Sue tunggu anak pelepas rindu
Iza, Alhamdulillah, rinduku sudah terlerai.
Anak dah balik. Jangan jeles, Sue. - Iza 6.52am
6.55am - Norizah Noor
Dua tiga kucing tidur
Tidur sampai tergolek-golek
Begitu juga, Geerah, anak Saido
Sue, anak kami sudah balik
Best pulak menyakat Sue pagi-pagi ni. - Iza 6.56am
6.57am - Sulaiza Sulaiman
Pagi-pagi kena sakat
Di sakat pula oleh Iza
Sue tak kisah kena sakat
Sebab Emir kan balik juga
Walaupun lewat hahaha.. - Sue 6.57am
7.03am - Jamaluddin Khalid
Kalau cikgu Sue kena sakat
Itu tandanya orang suka
Moga berkawan jadi berkat
Boleh kongsi suka duka
8.02am - Jaybob
BMW, kancil dan perodua
Pagi yang indah berbalam-balam
Assalamualaikum kepada semua
Waalaikumsalam kepada yang beri salam
10.45pm - Saido San
Anak cina bersopan santun
Anak india memakai sari
Elyn Shalina sibuk nak pantun
Ambil lah ini aku memberi
10.48pm - Elyn Shalina
Malam-malam ke pantai Lido
Duduk di pantai sambil bersila
Terima kasih wahai Saido
Sayembara kini sudah bermula
10.50pm - Elyn Shalina
Rauah, Man, Sue, janganlah titun
Kita berpantun sambil beriadah
Jom semua mari berpantun
Sebelum kita sambung ibadah
10.55pm - Saido San
Bola di sepak melantun-lantun
Bola juga dilambung-lambung
Korang sajalah yang berpantun
Aku ada kerja yang nak disambung
10.58pm - Rauah
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
10.59pm - Elyn Shalina
Buah longan si buah lokan
Sedap di makan bersama isteri
Siap korang yang Saido maksudkan
Gamaknya Lyn sorang yang ada disini
11.01pm - Elyn Shalina
Rauah
Kenyang perut suka hati
Mata kuyu tertidur nanti
11.08pm - Rauah
Buah kedondong buah kuini
Memang dah nak tidur dah ni
11.12pm - Elyn Shalina
Berkilau sungguh intan permata
Hadiah untuk yang pandai merayu
Tidurlah Rauah tidurlah mata
Lyn pun ikut menyusul beradu
Takde orang. Sibuk bekerja dan shopping
lagi, kot. - Elyn 11.12pm
4 Ogos - Ahad
12.15am - Jamaluddin Khalid
Ramadhan hampir berakhir
Syawal kan tiba menjelma
Ramai shopping di saat akhir
Masa di ambil terlalu lama
Adik bersungut anaknya tak balik lagi
dari bershopping - Jamal 12.15am
6.17am - Utih Yasin
Datuk Laksamana ke Bangkahulu
Muatan sarat membawa gula
Bagaimana kapal nak lalu
Pasir darat menutup kuala
6.21am - Elyn Shalina
Anak cina menyapu lantai
Lantai di sapu sambil lalu
Biar pasir menutup pantai
Asal kuala masih berlalu
Awat anak cina yang menyapu, Elyn?
Bukan anak melayu ke yang nak beraya ni? - Rauah 6.23am
6.26am - Jaybob
Angin berhembus di tepi pantai
Pantai terletak di Kuala Kubu
Jika pasir menutup pantai
Masihkah ada kuala di situ?
6.29am - Jaybob
Tulis nama atas batu
Batu terletak di Kuala Kubu
Ada aku kisah di mana batu itu
Mungkin berada di Kuala Kubu
Merapu apa subuh-subuh ni, Jaybob? - Jamal 6.31am
6.30am - Rafian Sham
Tulis nama atas batu
Baru betul Kuala Kubu
Bukan pantai je ada kuala
Sungai pun boleh guna juga
6.35am - Jaybob
Di Kuala Kubu ada kubu
Kubu terletak di atas batu
Hati aku sedang berbuku
Sebab flight aku pukul empat suku
7.12am - Jaybob
Jika Sue belum mandi pagi
Rauah pula belum gosok gigi
Sebentar lagi aku kan pergi
Menemui insan yang di ingati
Memang belum mandi pun pagi ni.. - Sue 7.13am
5 Ogos - Isnin
2.26pm - Norizah Noor
Dulu-dulu orang selalu bagi pantun ni kat Iza:
Hitam-hitam si tampuk manggis
Dah lah hitam... kuat lak nangis
Huwaa... - Iza 2.26pm
Best pantun tu... sesuaiii... - Saido 2.28pm
Jahatttt - Iza 2.28pm
😄😀😄😀✌✌✌✌- Saido 2.29pm
Best pantun tu... sesuaiii... - Man 2.30pm
Ni seorang lagi... super jahat - Iza 2.31pm
6 Ogos - Selasa
9.19am - Gie
Bulan Ramadhan bulan yang dberkati,
Disambut dengan hati yang suci,
Hendak kirim kad bukan caranya lagi,
Kata-kata di whatsapp saja jadi pengganti...😉
Mari bersama menyambut lebaran,
Memupuk ukhwah sesama kita,
Aidil Fitri hari kemenangan,
Saling bermaafan di hari mulia...🙏💖
10.08am - Abdul Rahman
Pantun Raya
Has been a year,
It comes again;
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.
Mountain Daik's branches got three,
Pandan Island is far far in the middle;
With friends, relatives and family,
Hari raya is time to mingle.
If your garden got hot spring,
May I take a dip in it please?;
Balik kampung time better no speeding,
Unless you wanna give bonus to the police.
Push wood pull wood,
Keranji fruit inside a boat;
Hari raya got lots of food,
But don't eat too much like a goat.
Two three cats run run,
Where got the same as the striped one;
That's all for me I gotta run,
Duit raya? Where got one?
Man... thanks for breaking the ice.
Nice pantun... me like so much hihi... - Elyn 10.12am
7 Ogos - Rabu
8.12pm - Rauah
Air tembikai air longan
Mari makan buah berangan
Buat teman yang jauh dari pandangan
Selamat Hari Raya aku ucapkan
8.19pm - Jaybob
Masak lemak ikan tenggiri
Masak tempoyak ikan patin
Selamat menyambut Aidil Fitri
Mohon maaf zahir dan batin
8.24pm - Elyn Shalina
Sana bersenda juga ketawa
Sini terasa bagai dentuman
Walau pedih menusuk jiwa
Ku cuba selindung dengan senyuman
MinalAdil Walfaizin kawan-kawanku semua.
Maaf Zahir Batin - Elyn 8.24pm
8 Ogos - Khamis
6.33am - Saido San
Dimasak bening si ikan tenggiri
Ulam dicelur dan sambal belacan
Berbaju kuning di Aidil Fitri
Salam ku hulur mohon kemaafan
6.38am - Sulaiza
Man
Pagi-pagi dah luka parah
Minta Zura carikan ubat
Kenapa hatimu berduka lara
Mari sini Sue tolong rawat
6.45am - Saido San
Daun selasih direndam cuka
Cuka dibawa dari Jawa
Bukan kekasih yang buat Man terluka
Hanya kerana kurma Ajwa
6.54am - Jamaluddin Khalid
Mungkin ayat ini, ayat mengulang dan akan terus diulang-ulang....
Sahabat di group whatsapp ini adalah paling akrab pada waktu ini, di dalam hidup ini. Kita berkomunikasi hampir 24 jam setiap hari. Sesuatu yang tidak kita buat dengan adik beradik, saudara masa dan teman-teman yang lain (pada saya lah).
Kita bergurau senda, kekadang kita bertengkar, bercerita tentang diri dan keluarga, berkongsi suka dan duka, saling menasihati dan mendoakan. Sempat juga berdebat, menunjuk marah, meluah perli dan pertahankan hujah masing-masing bila sesuatu isu sensitif (kadang-kadang isu biasa-biasa saja hahaha) dibangkitkan.
Bila ada yang suka - kita berkongsi ria, jika ada yg duka - kita berkongsi pedih. Kita ketawa bersama, menangis bersama, berkongsi resepi juga, makan dan minum bersama, diwaktu yang sama, walaupun lokasi berbeza, ambil tahu bila ada yang lama tidak muncul, bertanya khabar, berkirim salam dan sebagainya. Kita semua memang bersaudara dan bersahabat selamanya. The best group in my life.
Di syawal ini, belum lagi mengucap salam dan meminta maaf pada yang lain, kita bersalaman dan memohon maaf di whatsapp dulu. Inilah antara kenangan terindah dalam hidup ini.
Buat semua sahabat di group ini, Salam Aidil Fitri yang sangat mendalam dari hati ini. Semoga ukhwah kita terjalin hingga ke syurga. 😃
Kita bergurau senda, kekadang kita bertengkar, bercerita tentang diri dan keluarga, berkongsi suka dan duka, saling menasihati dan mendoakan. Sempat juga berdebat, menunjuk marah, meluah perli dan pertahankan hujah masing-masing bila sesuatu isu sensitif (kadang-kadang isu biasa-biasa saja hahaha) dibangkitkan.
Bila ada yang suka - kita berkongsi ria, jika ada yg duka - kita berkongsi pedih. Kita ketawa bersama, menangis bersama, berkongsi resepi juga, makan dan minum bersama, diwaktu yang sama, walaupun lokasi berbeza, ambil tahu bila ada yang lama tidak muncul, bertanya khabar, berkirim salam dan sebagainya. Kita semua memang bersaudara dan bersahabat selamanya. The best group in my life.
Di syawal ini, belum lagi mengucap salam dan meminta maaf pada yang lain, kita bersalaman dan memohon maaf di whatsapp dulu. Inilah antara kenangan terindah dalam hidup ini.
Buat semua sahabat di group ini, Salam Aidil Fitri yang sangat mendalam dari hati ini. Semoga ukhwah kita terjalin hingga ke syurga. 😃
Walau mungkin jarang bertemu
Tapi di hati dekat selalu
Salam Aidil Fitri khas untukmu
Maaf dipinta kesilapan yang lalu
Jamal, you are the best... menyimpul semua menjadi satu.
Satu rasa kegembiraan bersahabat... - Sue 6.59am
Jamal... terharu sangat-sangat. Thanks. - Iza 7.01am
👍👍👍 Jamal - Saido 7.01am
Sebak pulak di pagi raya ni... - Sue 7.01am
Mana tisu ni... airmata aku dah keluar... - Man 7.04am
Sayu sebak di pagi raya dengan ucapan Jamal...
Mal, semoga persahabatan kekal selamanya. - Tona 7.57am
7.12am - Jamaluddin Khalid
Iwe sedang mengira kurma
Man pula tertunggu-tunggu
Elyn dan Sue sibuk di rumah
Saido pula termangu-mangu
7.16am - Jamaluddin Khalid
Iza di Selayang tak dapat tidur
Anak di hospital Jidan temankan
Di pagi raya kita berhibur
Yang sakit pula kita doakan
8.25am - Jamaluddin Khalid
Si superwoman Tona namanya
Mash pula sibuk nak tulis nama
Jamal Saudi muncul jua akhirnya
Mana Rafi ni tidak menjelma?
Semua yang ada sejak awal pagi tadi, nama sudah dipantunkan.
Ada nama yang tertinggal? Mana yang lain? - Jamal 7.26am
12.05pm - Syed Haidzir
Nyimpan jenang nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingapuro
Dok faham - Sue 12.09pm
Syed, koe rayo nang de - Salfian 12.13pm
12.12pm - Saido San
Nyimpan jenang nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok di singapuro
12.33pm - Elyn Shalina
✨"Pantun Raya"✨
🌟Kelantan... 🌟
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
💫Terengganu... 💫
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
💢Johor... 💢
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
☀Melaka... ☀
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
🌈N. Sembilan... 🌈
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
🌙Selangor/K.Lumpur🌙
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
⭐Perak... ⭐
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei
🌺Penang...🌺
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
9 Ogos - JumaatIwe sedang mengira kurma
Man pula tertunggu-tunggu
Elyn dan Sue sibuk di rumah
Saido pula termangu-mangu
7.16am - Jamaluddin Khalid
Iza di Selayang tak dapat tidur
Anak di hospital Jidan temankan
Di pagi raya kita berhibur
Yang sakit pula kita doakan
8.25am - Jamaluddin Khalid
Si superwoman Tona namanya
Mash pula sibuk nak tulis nama
Jamal Saudi muncul jua akhirnya
Mana Rafi ni tidak menjelma?
Semua yang ada sejak awal pagi tadi, nama sudah dipantunkan.
Ada nama yang tertinggal? Mana yang lain? - Jamal 7.26am
12.05pm - Syed Haidzir
Nyimpan jenang nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingapuro
Dok faham - Sue 12.09pm
Syed, koe rayo nang de - Salfian 12.13pm
12.12pm - Saido San
Nyimpan jenang nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok di singapuro
12.33pm - Elyn Shalina
✨"Pantun Raya"✨
🌟Kelantan... 🌟
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
💫Terengganu... 💫
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
💢Johor... 💢
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
☀Melaka... ☀
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
🌈N. Sembilan... 🌈
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
🌙Selangor/K.Lumpur🌙
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
⭐Perak... ⭐
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei
🌺Penang...🌺
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
2.19pm - Jamaluddin Ismail
Khutbah hari ini, tajuknya 'Sepinggan Mesra, Berulang Pahala'.
Terkejut aku. Ingatkan khatib nak berpantun tadi...
2.41pm - Jamaluddin Khalid
Jamal, mungkin boleh sambung begini:
Sepinggan mesra berulang pahala
Sudah beraya, berziarah pula
2.43pm - Rauah
Sudah beraya berziarah pula
Baru hari ni pantun bermula
Pantun... Sue monitoring - Sue 2.47pm
2.47pm - Jamaluddin Khalid
Beraya sudah berziarah pula
Kunjung mengunjung jadi tradisi
Acara pantun dibuka semula
Sambil berkunjung ilmu di isi
Kenyang. Malas nak pantun. - Man 2.49pm
2.51pm - Jamaluddin Khalid
Kunjung mengunjung dengan santun
Kaum ibu pula di dapur bekerja
Man kenyang malas berpantun
Cikgu Sue pula monitoring saja
11 Ogos - Ahad
8.19am - Elyn Shalina
Sisipan sanggul bunganya merah
Indah sekali nampaknya padan
Mengalir air melimpah ruah
Cintaku membuak tiada sempadan
Lyn, I like statement ni - Sue 8.19am
8.49am - Jamaluddin Khalid
Merah indah nampaknya padan
Bunga dibuat sanggul idaman
Cinta membuak tiada sempadan
Ke sana sini menjadi teman
Jamal... apa pulak teman... haihh - Elyn 8.50am
Teman sehidup semati, Elyn - Jamal 8.51am
8.54am - Elyn Shalina
Kuntuman merah tanpaknya padan
Biar bersatu di sanggul mesra
Cinta membuak tanpa sempadan
Teman bermesra sampai ke syurga
8.59am - Elyn Shalina
Sue, cinta perlu rindu? Hmmm...
Ini untuk Sue ya....
Puteri merindu termenung berangan
Berangan pada si jantung hatinya
Rindu yang datang sekadar bayangan
Biar cinta abadi dihati selamanya
9.05am - Jamaluddin Khalid
Rindu datang sekadar bayangan
Cinta abadi di hati selamanya
Mulanya terbayang dalam angan-angan
Cinta berputih mekar akhirnya
Amboi Jamal... Don't play play aa... - Elyn 9.07am
Kat mana yang silap dalam pantun tu, Elyn? - Jamal 9.08am
Takde silapnya, Jamal. Saja Lyn mengusik... - Elyn 9.10am
9.10am - Elyn Shalina
Mekar menguntum cinta dihati
Dalam angan terbayang sendiri
Biar mula berputik dihati
Disemai kasih baru menjadi...
9.14am - Jamal Saudi
Bunga berkembang sebelum layu
Indah warnanya menghias bumi
Mata memandang jiwa merayu
Di taman hati cinta bersemi
Yer, Utih. Kawan-kawan dah mula - Jamal Saudi 9.14am
9.16am - Utih Yasin
Jamal Saudi,
Aku masih silu
Mata masih layu
Minda masih lesu
Agaknya banyak makan baulu
9.18am - Jamaluddin Khalid
Dalam kasih ada sayang
Dalam rindu ada dendam
Bila rindu terbayang-bayang
Kadang berkasih dihati terpendam
I like that one, Jamal - Elyn 9.19am
I like too - Sue 9.19am
Kadang berkash dihati terpendam.. hahaha - Elyn 9.20am
9.18am - Elyn Shalina
Jamal,
Berkolek ke hulu dalam perahu
Duduknya diam sambil tersandar
Jiwa merayu tak siapa yang tahu
Baik senandung irama di dengar
9.23am - Elyn Shalina
Sue, bila beli ikan, cakaplah begini:
Siakap, senohong, gelama, ikan duri
Saya nak kembong, sembilang buang duri
Elyn... bagus pantun tu.. - Rauah 9.28am
4.39pm - Fatonah
Daun selasih daun pegaga
Harum semerbak si buah kuini
Jemput datang seisi keluarga
Meriahkan majlis Eid Fitri kami ini
4.49pm - Jamaluddin Khalid
Harum semerbak si buah kuini
Baunya sampai ke Inderagiri
Kalau ikutkan hatiku ini
Kedua-dua majlis, insyaAllah ku cuba hadiri
12 Ogos - Isnin
23.35pm - Jamaluddin Khalid
Pokok selasih tanam di laman
Sirap selasih dicampur susu
Di laman whatsapp kita berteman
Jumpa di luar adakah membisu?
11.39pm - Jamaluddin Khalid
Hari sudah pun lewat malam
Man mengajak teh tarik pula
Inginku ucap selamat malam
Pesanku pada Man kurangkan gula
13 Ogos - Selasa
12.03am - Fatonah
Hari sudah pun lewat malam
Man berTT hingga terleka
WhatsApp kita on 24 jam
Menjadi teman suka dan duka
12.08pm - Utih Yasin
Bagan Datoh Kuala Sepetang
Buah pala di atas para
Tempat jauh lagi dikenang
Inikan pula teman bicara
12.24pm - Leeza
Pergi berkunjung di Padang Jawa
Singgah menjamah si mee sua
Bila hati sudah sejiwa
Dimana berada terkenang jua
Penat aku karang hahaha... - Leeza 12.24pm
12.41pm - Jamaluddin Ismail
Singgah menjamah si mee sua
Dihidang oleh si dara jelita
Dimana berada terkenang jua
Whatsapp lah tempat bertukar berita
2.58pm - Jamaluddin Khalid
Dimana berada terkenang jua
Whatsapp tempat bertukar berita
Walaupun lama tidak bersua
Disini kita boleh kongsi cerita
14 Ogos - Rabu
8.10am - Abd Rahman
Kajang Pak Malau kajang berlapis
Kajang hamba mengkuang disana
Kalau berkata biarlah bertapis
Kelak padah diri merana
8.14am - Saido San
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau bergurau biar bertempat
Kelak menjadi haru biru
8.18am - Abd Rahman
Kajang Pak Malau dihembus angin
Kajang hamba mengkuang selari
Bila Saido dah naik angin
Biarlah aku cabut lari
8.21am - Saido San
Kajang Pak Malau dihembus angin
Kajang hamba mengkuan selari
Bukan aku dah naik angin
Sekadar mengikut rentak dan tari
8.24am - Abd Rahman
Kajang Pak Malau bersulam bidara
Kajang hamba tiada berukir
Pandai sungguh tuan berbicara
Terkehel jemala hamba berfikir
8.27am - Saido San
Kajang Pak Malau bersulam bidara
Kajang hamba tiada berukir
Bukan sekadar pandai berbicara
Kata disusun senyum terukir
8.29am - Elyn Shalina
Songket molek tenunan Tok Ki
Dipakai teruna berhati girang
Usah dihirau mereka yang dengki
Kelak diam bila kita berlagu riang
Lyn lari tema... tema mesti kajang pak malau - Man 8.31am
Wokey Man... kajang pun kajang laa.. - Elyn 8.33am
8.31am - Abd Rahman
Kajang Pak Malau selembut sutera
Kajang hamba menghampar diri
Benarlah tuan bijak bicara
Sampai bilakah hidup menyendiri
8.33am - Saido San
Kajang Pak Malau selembut sutera
Kajang hamba menghampar diri
Jodoh pertemuan milik yang Esa
Sampai masanya bertemulah puteri
8.35am - Syed Haidzir
Kajang Pak Malau selembut sutera
Kajang hamba ke Inderapura
Alangkah rukun hidup kita
Kalau hidup tak berpura-pura
8.36am - Elyn Shalina
Man... ni boleh, tak?
Kajang Pak Malau selembut sutera
Kajang hamba pelikat bersampin
Apa guna bicara yang pandai
Jika dihati bermaksud lain
8.36am - Saido San
Kajang Pak Malau selembut sutera
Kajang hamba ke Inderapura
Jangan hidup berpura-pura
Kelak mati masuk neraka
8.36am - Elyn Shalina
Man... ni boleh, tak?
Kajang Pak Malau selembut sutera
Kajang hamba pelikat bersampin
Bukan hanya bicaranya pandai
Mulut dan hati erat berpimpin
8.41am - Syed Haidzir
Kajang Pak Malau kembang di hutan
Kajang hamba kembang setaman
Berhati-hati membuat taruhan
Ada yang terbukti kawan makan kawan
Pantun nak cari gaduh tu - Sue 8.41am
8.42am - Leeza
Kajang Pak Malau memakai sutera
Kajang hamba bermain pelita
Jangan asyik pandai bicara
Pastikan perbuatan seiring kata
Ceh wah... pandai tak aku buat pantun, Man? - Leeza 8.42am
Wajib ingat mengingati - Syed Haidzir 8.42am
8.43am - Saido San
Kajang Pak Malau kembang di hutan
Kajang hamba kembang setaman
Tidak aku membuat taruhan
Kerana kawan aku relakan
8.44am - Elyn Shalina
Do dan Syed
Kajang Pak Malau merdu berlagu
Kajang hamba menunggu lama
Usah diungkit kisah yang lalu
Muhasabah diri yang lebih utama
8.45am - Saido San
Kajang Pak Malau memakai sutera
Kajang hamba bermain pelita
Bukan hanya pandai bicara
Bicara dan perbuatan seiya sekata
8.45am - Syed Haidzir
Kajang Pak Malau selembut sutera
Kajang hamba menghampar diri
Benarlah tuan pandai berbicara
Rumahtangga orang jangan dicampuri
8.48am - Saido San
Kajang Pak Malau merdu berlagu
Kajang hamba menunggu lama
Bukan di ungkit kisah yang lalu
Pengajaran di ambil agar tak lupa
👍 Saido - Syed 8.49am
Bravo Saido - Iwe 8.58am
6.25pm - Elyn Shalina
Halus sungguh si kain sutera
Di angkat tinggi di atas persada
Pabila di Uda bicara tanpa si Dara
Terasa kaku jari untuk bersenda
6.25pm - Saido San
Halus sungguh si kain sutera
Di angkat tinggi di atas persada
Tanpa puteri siapalah putera
Bagai kurang ilmu di dada
Amboi Do..... - Elyn 6.27pm
6.32pm - Elyn Shalina
Sutera halus jadi taruhan
Menghantar tanda di malam hari
Jika begitu katanya tuan
Mengapa masih sendiri lagi?
Opss... Do. Jangan marah.. - Elyn 6.32pm
6.36pm - Saido San
Sutera halus jadi taruhan
Menghantar tanda di malam hari
Masih menanti takdirnya tuhan
Menganugerahkan aku seorang permaisuri
7.12pm - Abdul Rahman
Sutera halus jadi taruhan
Menghantar tanda di malam cerah
Andai jejaka sudah berkenan
Bulatkan tekad tunaikan fitrah
7.38pm - Jamaluddin Khalid
Sutera halus jadi taruhan
Menghantar tanda di malam hari
Kalau begitu katamu tuan
Jangan di tunggu cepatlah cari
11.30pm - Jamaluddin Khalid
Di chatroom ini ada semua
Yang kental kekal yang pening pergi
Selamat malam buat semua
Semoga esok bertemu lagi
15 Ogos - Khamis
9.27am - Elyn Shalina
Si dara sunti menyanyi-nyanyi
Lagunya merdu indah sekali
Sunyi bukan sebarang sunyi
Sunyi menanti riuh kembali...
9.49am - Jamaluddin Khalid
Si dara sunti menyanyi-nyanyi
Lagunya merdu indah sekali
Chatroom ini jarang sunyi
Cuma monitoring dan busy sekali
9.57am - Utih Yasin
Duduk termenung di atas tangga
Ayam hutan badannya gemuk
Rangup gunung dikunyah kerengga
Kering lautan dihirup nyamuk
Utih, nyamuk tu jadi besar mana yek..
dah hirup lautan sampai kering - Sulaiza 9.58am
10.24am - Elyn Shalina
Bicara hati kisah lautan
Lautan yang dalam jangan di usik
Apa lah sangat keringnya lautan
Lautannya madu belum terusik
11.11am - Utih Yasin
Merbah sama enggang
Terbang lalu burung pipit
Susah hidup bujang
Menyidai baju ampaian sempit
11.19am - Elyn Shalina
Merbah sama enggang
Mencuit terbang sipipit malu
Menanti sabar kasihnya orang
Buat mencuci bajunya selalu
11.32am - Elyn Shalina
Mengantuk mata disorong bantal
Bantalnya gebu tiada lah berat
Usah di biar otak berpintal
Maksudnya mudah tiada selirat
12.14pm - Jamaluddin Khalid
Saido terima yang baik hati
Jamal Saudi tunggu puteri menjelma
Cari lah Saido, usah menanti
Jika dah ada jangan tunggu lama-lama
16 Ogos - Jumaat
2.05am - Fatonah
Sebelum tidur nak pantun dulu:
Dari Lido ke Inderagiri
Membeli si manis kuih keria
Jom tidur, rehatkan diri
Jumpa esok, Jumaat nan ceria
6.32 am - Jamaluddin Khalid
Nak jawab pantun Tona:
Lena tidur rehatkan badan
Pagi jumaat pun menjelma
Yang tak puasa lagi jom sarapan
Sarapan bersama teman lama
Tetiba teringat Jamal Saudi..
Jamal... jom sarapan sama. - Jamal 6.32am
1.09pm Utih Yasin
Buah pinang tirus dihujung
Rumpun sirih tegak berdiri
Kucing berenang tikus mendayung
Ikan di air berdiam diri
Ikan ais ke, Utih? - Jamal 1.12pm
1.15pm - Elyn Shalina
Kucing berenang tikus mendayung
Ikan di air berdiam diri
Pelan-pelan sampan di dayung
Tiba di pengkalan tiada yang iri
1.18pm - Jamaluddin Khalid
Kucing berenang tikus mendayung
Ikan di air berdiam diri
Jangan jasa minta di sanjung
Kelak membakar diri sendiri
2.08pm - Tona
(Rayuan Tona - persediaan buat open house pada 17 Ogos)
Kucing berenang tikus mendayung
Ikan di air berdiam diri
Siapa-siapa free, mai lah tolong
Itik nak direndang, kambing nak di kari
Lapar la pulak.... Leeza 2.19pm
2.36pm - Saido San
(Saido berpantun kerana salamnya di group tidak berjawab)
Kucing berenang itik mendayung
Henti berdayung sampan tenggelam
Berbalas pantun sambung menyambung
Mengapa tidak menjawab salam
17 Ogos - Sabtu
11.17am - Elyn Shalina
Belayar di lautan
Mendayung sampan ke muara
Bangun Saido mari berpantun
Kita bersenda gurau seloka
Mode: Dengki Saido tidur :) - Elyn 11.17am
22 Ogos - Khamis
11.30pm - Elyn Shalina
Gagah nian pendekar berlawan
Lawan sungguh tiadanya tumbang
Rembulan sepi dibalik awan
Kelam cahaya walau mengambang
Pantun lagi.... - Abd Rahman 11.35pm
23 Ogos - Jumaat
12.07am - Abd Rahman
Keris pusaka bawa beradu
Mengusik puteri di balik papan
Usah dinanti usah dirindu
Kasih sudah dalam dakapan
12.08am - Elyn Shalina
Duduk bersimpuh gaya nya santun
Bicara berbisik menentu hala
Siapa gerangan menjual pantun
Lena tidur ku celik semula....
Man rupa nya.... Elyn - 12.09am
12.11am - Elyn Shalina
Keris pusaka dibawa beradu
Mengusik puteri sedang bermimpi
Rinduku hanya pada yang merindu
Pasti bersua didalam mimpi
12.11am - Abd Rahman
Tiada berbunyi kicau ditasik
Adakah murai terbang ke kota
Bukan niatku untuk mengusik
Hanya jemari bermain kata
12.15am - Elyn Shalina
Burung berkicau sahut-sahutan
Riangnya bagai acara pesta
Apalah sangat sekadar usikan
Buat penyeri jiwa yang gelora
24 Ogos - Sabtu
7.23am - Jamaluddin Khalid
Rauah dikenal dengan tawanya
Garang si David dapat pada Sue
Tona jemput kita ke ladangnya
Gelak tawa lah jangan membisu
7.26am - Jamaluddin Khalid
Hari ini penuh bermakna
Perjumpaan reunion sesama kita
Jom beramai ke ladang Tona
Dapatlah berjumpa dan bercerita
7.28am - Saido San
Bola dibaling dapat dielak
Bola terpelanting melantun-lantun
Jumpa nanti bolehlah gelak
Sekarang ngantuk malas nak pantun
3.00pm - 4.00pm - Di Ladang Fatonah
Pantun-pantun sempena Reunion 2013
(Oleh Jamal dan Elyn Shalina. Juga dari Abd Rahman
yang mewakili rakan-rakan yang tidak dapat hadir).
Assalamualaikum pembuka kata
Selamat Datang kami ucapkan
Saling bertanya khabar berita
Persahabatan lama terus disemaikan
Sampan berkoleh labuh di muara
Sarat muatan sarangnya tempua
Salam diucap pembuka bicara
Selamat Datang rakan semua
Salam diucap setulus hati
Biar terasa ikhlas didalam
Girang tak terperi rasanya hati
Bertemu rakan ex-STTJ 85/86
Girang dihati tidak terbeli
Tidak bertemu sekian lamanya
Marilah kita saling mengenali
Ukhwah terjalin berkat mohonNya
Harum sungguh kuntum melati
Dibuat sanggul si anak dara
Syukur sungguh rasa di hati
Majlis di ada semua gembira
Meranti kukuh dibuat sandaran
Dagang merana kerana dipaluh
Siapakah tuan se empunya gelaran
Makcik Restoran, Kak Ton, Sg Dewa 1 - 20
Kembara laksamana tiada berdua
Denai ditempuh bersulam titi
Walau diriku tidak bersua
Dikau semua tetap dihati
Kecapi tua tiada beroda
Tinggalan dari putera ketiga
Usah ditangis hamba tiada
Tahun hadapan bertemu juga
Kukuh kasih untukmu Nona
Tanda sayang janji dijunjung
Untuk MJ dan Puan Fatonah
Jasamu dikenang budi disanjung
Dara Meranti dibuat serawa
Enak dicicah bersama roti
Jika ada terkurang bicara
Jangan disimpan di dalam hati
Air pasang di Seri Kuala
Hujan malam di Kuala Sedeli
Semoga dapat bertemu semula
Di lain hari jumpa kembali
Hujan merintik dedalu bercambah
Jalurnya larat hingga ke hutan
Biar semua pulang ke rumah
WhatsApp, Fb, penyambung ikatan
10.54pm - Abd Rahman
Putera kacak dari Indragiri
Jadi sanjungan rakyat jelata
Ku jeling kanan ku jeling kiri
Sue juga yang masih jelita... :)
25 Ogos - Ahad
12.01am - Jamaluddin Khalid
Bunga berseri indah setaman
Layu sekuntum tiada yang tahu
Dalam gembira bersama teman
Hati menangis siapa yang tahu
11.00am - Abd Rahman
Kukuh kasih untukmu Nona
Tanda sayang janji dijunjung
Untuk MJ dan Puan Fatonah
Jasamu dikenang budi disanjung
11.02am- Abd Rahman
Kembara laksamana tiada berdua
Denai ditempuh bersulam titi
Walau diriku tidak bersua
Dikau semua tetap dihati
26 Ogos - Isnin
12.51pm - Abd Rahman
Andai serindit terbang ke pekan
Biarkan ia terbang sendiri
Apalah ada di bandar Kuantan
Bukit Katil juga indah berseri
12.59am - Elyn Shalina
Cettt Man... ko berpaling tadah...
Serindit merajuk terbang sendiri
Terbang ia sedari subuh
Walau Bukit Katil indah berseri
Di Kuantan juga perut mu berlabuh
Porahhh...! MaBiq dah buka... jom Man
1.03pm - Abd Rahman
Serindit terbang tiada halangan
Meluncur jauh hampir terleka
Walau MaBiq tersedia hidangan
Tubuh di Kuantan hati di Melaka
1.08pm - Elyn Shalina
Man...
Serindit lalu terbang ke ganun
Terbangnya cermat bagai si antan
Perasan hati di Melaka konon
Tak sedar hati dah tergari di selatan
1.17pm - Sulaiza
Serindit terbang bunyinya kuat
Terbangnya pula di awan nan bebas
Gari itu mencengkam kuat
Sampai Man tak mampu lagi bernafas
Cantik punya pantun, Sue... - Leeza 1.19pm
27 Ogos - Selasa
12.52am - Abd Rahman
Gerak awan aku mengerti
Terus menempuh ombak samudera
Gerak hati telah ku pasti
Sue juga selembut sutera
1.12pm - Sulaiza
Gerak awan menuju utara
Hari mendung hujan menderu
Perkenalan kita cuma seketika
Belum kenal siapa diriku
29 Ogos - Khamis
12.18am - Elyn Shalina
Pasir disusun dibuat kubu
Kubu pertahan dari diserbu
Matahari mencarak jiwaku sebu
Boring teramat mencengkam kalbu
12.22am - Jamaluddin Khalid
Pertahan kubu dari diserbu
Menjadi setia pada yang satu
Boring teramat mencengkam kalbu
Doa dan zikir mengisi waktu
Yes Mal... as expected. Timbul juga :) :) Elyn Shalina - 12.23am
12.23am - Sulaiza Sulaiman
Pasir disusun dibuat kota
Kubu pertahan dari angkara
Hatiku gundah jiwa melara
Orang dirindu hilang entah ke mana
12.27am - Jamaluddin Khalid
Kubu pertahan dari angkara
Agar aman walau dimana berada
Hati gundah jiwa melara
Rupanya rindu pada yang tiada
12.29am - Elyn Shalina
Matinya anak membawa malang
Malangnya datang bertimpa-timpa
Apa dirindu orang yang hilang
Memang resamnya sedemikian rupa
Gurindam Jiwa - Nordin Ahmad / Latifah Omar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan