22 Julai - 31 Julai
Jumlah Pantun (63)
22 Julai - Isnin
11.49pm - Fatonah: Ada pantun ke malam ni?
11.59pm - Utih Yasin
Indah bergaya si bunga mawar
Duri tajamnya menusuk jari
Cerdik agama tunjang dan akar
Budi bahasa perhiasan diri
23 Julai - Selasa
12.15am - Utih Yasin
Bulan masih dipagar bintang
Malam terang sedari senja
Rajuk kasih kerana sayang
Hati terkenang gurauan manja
12.29am - Sulaiza
Renung-renung bulan mengambang
Sambil memegang batang penyapu
Rajuk kasih kerana sayang
Rindu hatiku hanya dia yang tahu
Jgn lah ada sapa2 yg dapat hadiah
penyapu tu... hehe - Utih
12.42am - Utih Yasin
Terbuai mayang dipucuk selasih
Selasih gunung tumbuh dibatu
Terlerai sayang dalam berkasih
Simpuh merenung bulan yang satu
Yalah, kalau dia ada di situ...
Terlerai rindu - Utih Yasin
12.54am - Abd Rahman
Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Tuan
Biar kering Selat Melaka
Tidaklah hamba lupakan puan
Melampau kau Man, sampai kering
Selat Melaka ha ha ha - Jamaluddin Ismail
1.07am - Utih Yasin
Mengapa pungguk memandang bintang
Dikaki gunung merindu purnama
Tidak rajuk menghilang pandang
Menanti kunjung terasa lama
1.19am - Sulaiza
Batang selasih dimakan kuda
Sirap selasih kesukaan bonda
Biar roboh kota Melaka
Dirimu tuan selalu kupuja
Sakit kepalaku. Baiklah buat soalan akaun
dari tulis pantun - Sulaiza
1.22am - Abd Rahman
Hendak ke mana tuan laksamana
Bertanjak sutera bersisip belati
Jika kasih tidak ke mana
Dirimu puan terpahat dihati
1.28am - Jamaluddin Ismail (Di Kaherah - 7.28pm)
Di ufuk barat mendung kelabu
Nelayan muram mengayuh perahu
Senyum melirik memikat kalbu
Hati yang pilu siapa yang tahu...
waaa.. nak balik..hahaha - Jamaluddin Ismail
1.38am - Abd Rahman: Untuk Jamaluddin Ismail
Bayu malam berlalu dingin
Rasa sayu tidak ku hendak
Makin ku lupa makin teringin
Makinku ingat terasa sebak...
1.47am - Abd Rahman: Untuk Utih Yasin
Layar berkembang angin menderu
Usah bermudik terlalu laju
Rindumu Utih di semua penjuru
Hati manakah hendak dituju?
2.06am - Jamaluddin Ismail (Di Kaherah 8.06pm)
Ke bazar Ramadhan membeli kuih
Ok kawan-kawan, aku nak gi terawih
:)
2.20am - Utih Yasin: Mengada betul kau ya Man
Busur panah senjata diguna
Datuk lakmana siap sedia
Phehh.. Dashyat fitnah dusta durjana
Hatiku hanya pada sidia...
3.45am - Saido San
Anak india bersopan santun
Di pasar pagi menjual muruku
Dinihari sahabat berpantun
Hingga terganggu lena tidurku
3.48am - Saido San
Anak unggas terbang melayang
Terbang melayang di tiup bayu
Rindu kan kasih mabuk kepayang
Rindu family Jamal Ismail yang tahu
4.04am - Rafi (Di Jeddah 10.04pm)
Menegur Saido
Anak unggas terbang
Kau tak tido ke bang?
4.30am - Rauah: Terkejut akak (Mode: Bangun tidur untuk sahur)
Pandang ke bulan sorang-sorang
Ternampak purnama lalu terkaku
Bestnya pantun-pantun korang
Terang biji mata aku
11.58pm - Saido San (Singapura)
Waktu sahur makan tosey
Di hari enam ke pasar geylang
Puasa dah separuh... sey
Tak lama lagi raya menjelang
24 Julai - Rabu
12.23am - Jamaluddin Khalid
Cikgu Pauzidan terus menyepi
Masuk gelanggang tidak berani
Kalau mengantuk tamparlah pipi
Kami sedia menanti di sini
12.45am - Jamaluddin Ismail: Dah kenyang baru boleh pantun
(Mode: Baru berbuka puasa di Kaherah)
Uda said I luv U
Dara said I luv U 2,
Terbayang wajah terasa sayu,
Hati terpaut pada yang satu
1.14am - Utih Yasin
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditelapak tangan
Sungguh jauh di negeri satu
Hilang dimata dihati jangan...
Baik-baik... anak sembilang tu ada sengat - Utih Yasin
2.18am - Elyn
Ramadhan pergi datangnya raya
Hati gembira berjumpa sidia
Sidara gelisah hati tertanya
Mengapa lagu seindah rupa
Pantun... siapa nak jawab - Sue
2.22am - Jamaluddin Khalid
Sidara gelisah hati tertanya
Milik siapakah hatiku ini
Memang lagu seindah rupa
Untuk merawat hati disini
4.43am - Rauah
Ayam abolo taruh cuke
Weiiii!! Korang dah tido ke
Tengah tidur ler ni, Rauah - Saido
4.45am - Rauah
Nak kurus... mandi wap
Wei! Tido2 pun leh jawab?
28 Julai - Ahad
5.18am - Saido San
Makan kuaci di bawah pohon
Gie pun dah nak balik dari London
31 Julai - Rabu
12.01am - Jamaluddin Khalid
Sakit datang sebagai ujian
Jadi ingatan pada yang sihat
Semoga tabah hadapi ujian
Doa dan sabar jadi nasihat
Pantun ini tercipta mengenangkan beberapa sahabat
yang tidak sihat dan dimaklumkan di whatsapp.
Moga mereka cepat sembuh. Antaranya Azizah,
Leysa, Norizah dan isteri Zaini@Buyau.
12.06am - Abd Rahman
Sungguh elok emas permata
Lagi elok intan baiduri
Sungguh elok budi bahasa
Juga dihias akhlak terpuji
12.26am - Utih Yasin
Terbang kelawar dibawa bayu
Hinggap dibalik pohon sialang
Kembang mawar terkadang layu
Budin baik tidak kan hilang....
12.31am- Utih Yasin
Bila sudah menanam padi
Petik nanas di ladang adik
Bila sudah terkenang budi
Budak ganas menjadi baik
1.20am - Jamaluddin Khalid
Kembang mawar terkadang layu
Walau layu tetap berduri
Makin cantik bertambah ayu
Budi bahasa perisai diri
1.47am - Fatonah
Beli putu bawak ke Kedah
Makan bersama di Pantai Lido
Otak buntu tak boleh fikir dah
Mata mengantuk, jomlah tido
7.06am - Elyn Shalina
Beras ditanak di padi huma
Buat hidangan di waktu malam
Assalam dan selamat pagi pada semua
Semoga hari ini lebih ceria dari semalam
7.48am - Syed Haidzir
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak kata buruk padahnya
Pagi syahdu rasa terhibur
Sembang kawan-kawan seadanya
7.57am - Jamaluddin Khalid
Assalamualaikum buat sahabat
Wassalam buat semua yang beri salam
Kemunculan hari ini agak terlambat
Ingatan pada semua tetap mendalam
8.28am - Salfian
Air sungai dah meninggi
Sediakanlah perahu
Harga barang naik lagi
Gajinya masih begitu
Tika balik ke kampong
Leganya rasa dihati
Harga barang dah melambung
Ramai orang susah hati
Berpindah ke Taman Jaya
Banjir dah besar di hulu
Kalau ingin jadi kaya
Kenalah susah dahulu
8.46am - Rozitha (Gie)
Assalamualaikum pembuka bicara
Melihat kawan berpantun dari mula
Teringin juga untuk mencuba
Harap-harap tidak ditertawa
Percubaan yang baik walaupun tak berapa kena - Jamal
Ok je tu, Gie... - Norizah
Pantun jangan tak pantun - Sulaiza
Gelanggang pantun sudah bermula 24 jam yer - Pauzidan
9.03am - Jamaluddin Khalid
Gelanggang pantun memang dibuka
Tanpa mengira masa dan tempat
Mengasah bakat pada yang suka
Pada yang minat tentulah dapat
9.23am - Norizah
Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Kita kat jauh tapi rasa dekat
Agak-agaknya meriah camni ke kalau berdepan?
9.31am - Utih Yasin
Tiga empat lima enam
Tujuh lapan sembilan sepuluh
Dah memang rapat tentulah ngam
Berbual sakan lidah terseliuh
9.34am - Norizah
Empat lima enam tujuh
Lapan sembilan kemudian sepuluh
Kalau berbual lidah dah terseliuh
Gamaknya kalau gelak... rumah pun boleh roboh
9.35am - Gie
Belajar berpantun sebab teruja
Melihat sahabat yang hebat belaka
Seminggu tak ke office berlonggoklah kerja
Mungkin berpantun di lain ketika
9.36am - Elyn Shalina
Pergi berburu bersama kawan
Hasil lumayan seekor rusa
Usik mengusik resam berkawan
Buat hiburan jangan ada yang terasa
9.46am - Norizah
Bersopan dan bersantun
Sama cantik sama padan
Nak sangat dengan pantun
Dari cikgu Pauzidan
Alamak... aku ke Iza? - Pauzidan
10.03am - Rafian Sham
(Pantun tak menjadi tapi dapat maklumbalas baik :))
Masuk kandang kerbau menguak
Masuk kandang kambing mengembek
Tengok kengkawan semua mencelah
Apa lagi nak tak nak kenalah mengembek juga
Ringgo... berpantun, biar betul... mbeeek - Pauzidan
Ringgo, dashyat betul... sampai mengembek berpantun.
Tapi Su suka... tulus ikhlas tu namanya - Sulaiza
10.50am - Salfian
Kajang pak malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau ultraman ace tak cukup kuat
Ultraman taro datang membantu
Ultraman pun nak berpantun? - Sue
10.58am - Elyn Syalina (Utk Sue)
Sidara bersimpuh bersopan santun
Bersimpuh dengan bicara yang syahdu
Semua mencuba mereka pantun
Untuk Cik Sue yang cantik dan sedang merindu
11.11am - Pauzidan
Beli kain si kain baldu
Baldu dipilih warna putih
Tidak salah rindu merindu
Tak semestinya pada yang kasih
11.13am - Rauah
Si dara bersopan santun
Bersimpuh dengan bicara yang syahdu
Dan Puan Sue nak sangat pantun
Amikkoww tuk pelepas rindu
11.13am - Pauzidan
Anak itik anak berudu
Cari yang cantik barul boleh merindu
11.14am - Rauah
Takde rotan akar pun berguna
Cikgu Sue merindu pada anak teruna
11.15am - Rauah
Anak katak namanya berudu
Hah! Ko nak lagi ke Sue
Aku ok jer, bagi bagi lagi - Sulaiza
11.20am - Pauzidan
Cuci baju bersih-bersih
lalu disidai di tepi pintu
Rindu-rinduan mainan orang berkasih
Membuat hati tak tenteram selalu
11.26am - Jamaluddin Khalid
Kawan-kawan sibuk berpantun
Leeza di office jadi tak tenang
Berpantunlah dengan bersantun
Dibukukan nanti menjadi senang
Maklumbalas kpd beberapa pantun yang
'tak sesuai' dan post oleh Leeza:
11.19am - Woiitt... x tenang aku mtg ni - Leeza
11.04pm - Utih Yasin
Lemah lembut si tuan puteri
Gadis rupawan cantik dipandang
Selamat menyambut Aidilfitri
Kawan-kawan datang bertandang
11.21pm - Sulaiza
Anak itik berkawan-kawan
Anak ayam jalan sendiri
Jemputlah masuk wahai kawan
Rasalah kuih buatanku ini
11.23pm - Sulaiza
Kalau tuan pergi muara
Di sapu tangan daun selasih
Silalah tuan menjamu selera
Nikmati hidangan pegikat kasih
11.28pm - Utih Yasin
Cantik berkenan bunga kemboja
Sayang bersepah dihujung laman
Banyak makanan di atas meja
Tuan rumah sungguh budiman
Jemput makan sama...
11.30pm - Jamaluddin Khalid
Juadah berbuka dibawa pergi
Singgah iftar dirumah Pak Lan
Ramadhan masih berbaki lagi
Aidil Fitri pula jadi bualan?
11.42pm - Norizah
Pakai baju ukur dibadan
Kain diikat biar selari
Malam ni malam 23 Ramadhan
Mari qiyamullail sucikan diri
Kumpulan Metallica sebagai selingan
Pilihan Jamal Ismail dari Saudi
Sedih jangan sayu pun jangan
InsyaAllah berjumpa di Aidil Fitri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan