Rabu, April 3

Berchatting Dengan Sahabat Lama

Alhamdulillah, hari ini dapat berchatting dan berbual dengan 2 orang sahabat lama. 

Dr. Azmi Jaafar
Bertemu semula pada selepas 17 tahun
Setelah sekian lama terputus hubungan, facebook seakan (sebenarnya takdir Allah) berikan peluang untuk bertemu semula walaupun secara maya.

Dr Azmi Jaafar yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka, bersekolah di Kuala Lumpur sehinggalah menyambung pelajaran di bidang kedoktoran di Airlanggar Universiti, Surabaya, Indonesia. Bertugas di Hospital Melaka/Muar sebelum membuka klinik sendiri di Melaka pada tahun 2003.

Kami sempat bersama-sama bersekolah di La Salle Jalan Peel dan di Sekolah Jalan Cochrane sebelum masing-masing melanjutkan pelajaran ke tempat lain.  Saya berpindah ke Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban manakala Dr Azmi terus di sekolah yang sama sebelum ke melanjutkan pelajaran di UPM sebelum ke Indonesia.


Walaupun telah mengenali beliau sejak lebih 30 tahun lalu, kami sebenarnya adalah kawan rapat tapi jauh. Pun begitu, sehingga hari ini masih dapat mengingati 3 April sebagai tarikh kelahiran beliau. Bila tiba tarikh tersebut, sedaya upaya akan cuba menghubungi beliau untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran.

Kali terakhir bertemu Dr Azmi adalah ketika hadir ke Majlis Perkahwinan beliau pada tahun 1998.  Anaknya pun dah 3 orang. Ketiga-tiganya puteri.  Diam tak diam, rupanya dah hampir 15 tahun kami tak berjumpa.

Sejak itu, terputus hubungan, mungkin kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, keluarga dan kerjaya hinggalah dapat dikesan semula beberapa tahun yang lalu.  Pun begitu, sehingga hari ini walaupun  sesekali berutus sms, bertanya khabar melalui telefon, kami masih tidak sempat bersua muka lagi.
 
Pagi ini dapat berchatting dengan beliau di facebook sambil mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran.  Beliau mengucapkan terima kasih atas ingatan itu lantas minta dikirimkan salam kepada sahabat lama kami, Rizal.


Mohd Rizal Othman

Mohd Rizal Othman merupakan kenalan sejak tahun 70an lagi ketika di alam persekolahan.  Kami sering ditempatkan di kelas yang sama, menjadikan kami rapat.  Kebetulan kami tinggal di kawasan perumahan yang sama di Bandar Tun Razak, Cheras.  Saya mengenali ibu bapa dan adik beradiknya yang seramai 8 orang itu.
 
Sama seperti Dr Azmi, kami bertiga bersekolah di sekolah yang sama sehinggalah beliau melanjutkan pelajaran di ITM Shah Alam (sekarang UITM) sebelum menyambung pelajaran di Universiti Malaya.

Kami selalu bersaing dalam pelajaran dan ini membangkitkan semangat untuk mengatasi antara satu sama lain.  Semangat yang amat positif sesama kami ketika itu. 

Dengan niat awal hanya untuk sampaikan salam Dr Azmi kepada beliau, kami berbual panjang di telefon.  Bertanya khabar masing-masing sambil bercerita mengenangkan beberapa rakan lain yang telah lama terputus hubungan.  Ada yang bekerja sendiri, ada yang telah menjadi 'somebody' dan ada juga yang bekerja di luar negara.  Masing-masing dengan kerjaya sendiri dan rezeki masing-masing juga.
 
Sempat memberikan beberapa pandangan tentang pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, hari ini. Kebetulan, kami akan mengundi di kawasan parlimen yang sama, Bandar Tun Razak.

Kami sempat juga merancang untuk mengadakan perjumpaan dengan beberapa lagi kawan lama yang mungkin boleh dihubungi.  Rizal, yang memang aktif, mempunyai PR yang bagus, peramah, mesra dan masih boleh berhubung dengan rakan-rakan lama, akan tetapkan tarikh dan tempat. 

Harap ketika perjumpaan itu nanti, selain dapat bertemu semula dengan rakan-rakan lama yang belasan dan puluhan tahun tak berjumpa, dapat juga bertemu dengan Dr Azmi semula.

Antara lagu popular ketika di zaman persekolahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan