Sekitar Majlis Perkahwinan Zul & Lisa
Tidak terucap dengan kata-kata; tidak tergambar dengan lukisan; tidak tergapai dengan perasaan; untuk meluahkan rasa betapa seronok dan terharunya, bila ramai rakan-rakan ex-STTJ, turut hadir dan memeriahkan majlis sempena perkahwinan anak penulis, pada 26 April 2014 yang lalu, yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.
Pasangan Mash, Elyn dan anaknya, menjadi yang terawal sampai, sesuai dengan hasrat Elyn untuk menjadi 'pembuka tudung hidangan'. Sebetulnya, mereka perlu ke IOI Mall selepas itu kerana akan mengambil bahagian dalam pertandingan bowling anjuran Alumni STTJ.