Bila Sue paparkan banner ini di 'whatsapp group' minggu lepas, saya bertanya,"kalau gagang tu sekolah, siapa yang jadi sirih?" Jawab Noni, "Noni tak mahu jadi sirih, nanti kena kunyah.."
Ternyata di pertemuan semalam, ramai yang kena 'kunyah' oleh rakan-rakan yang suka menyakat. Dengan telatah dan hilai tawa masing-masing, tercermin keakraban sesama kita. 'Perpisahan selama 28 tahun', bukan saja tidak merenggangkan, malah lebih merapatkan hubungan persahabatan yang sedia terjalin.
Pada tahun-tahun yang lalu, ketika berjumpa di reunion seperti ini, terasa agak kekok bila kita bersembang dan bergelak ketawa dengan rakan-rakan yang kita, bukan saja tidak pernah bertegur sapa semasa di sekolah dulu, tetapi ramai yang tidak menyedari tentang kewujudan kita pun!