Sabtu lepas ke Seberang Jaya, Pulau Pinang kerana terlibat secara langsung dengan Malam Anugerah Melancung ke Bandung anjuran Valcambi Malaysia Sdn Bhd. Dalam pada itu, sempat pula meninjau peluang baru dalam usaha mempelbagaikan perniagaan.
Dengan ruang waktu dan kesempatan yang ada, penulis telah di minta untuk sama-sama melawat kilang pembuatan roti dan kedai kek di dua lokasi di Pulau Pinang, untuk memberi nasihat dan dipelawa sama untuk melihat potensi bagi mengadakan usahasama untuk mengwujudkan kedai-kedai roti secara francais di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.
Ketika di kilang roti, kami dibawa ke beberapa bahagian pemprosesan roti, dari mula tepung dibancuh, di uli, dibuat doh dan dijadikan beberapa jenis roti. Kemudian kami ke bahagian pembuatan karipap, kek, pembungkusan dan tempat simpanan. Semuanya teratur, bersih dan memiliki sijil pengesahan Halal dan syarat-syarat dari Jabatan-jabatan tertentu yang terlibat.