Media Sosial yang dimanfaatkan dengan betul tentu memberi kesan yang positif kepada kehidupan kita.
Di group ex-STTJ, WhatsApp bukan saja merapatkan kembali hubungan dengan kawan-kawan yang sekian lama terputus, ia juga menjadi tempat perkenalan dengan rakan-rakan yang selama puluhan tahun dulu, bersekolah di tempat yang sama, tapi tak sempat berkenalan pun.
Lebih dari itu, di WhatsApp, kita semua menjadi kawan yang amat rapat sekali. Sesuatu yang tidak pernah terduga dan terlintas difikiran pun sebelum ini.
Lebih dari itu, di WhatsApp, kita semua menjadi kawan yang amat rapat sekali. Sesuatu yang tidak pernah terduga dan terlintas difikiran pun sebelum ini.
Di WhatsApp berjumpa semula dengan Tona, Fian, Yem, Rini, Amin, Rizal, Hasrul Liza dan Rauah. Perkenalan dengan Hasrul Liza dan Rauah hanya bermula 20 tahun selepas persekolahan ketika perjumpaan bersama rakan-rakan lain di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa beberapa tahun lalu.
Di WhatsApp bermulanya perkenalan dengan Saido, Sue, Elyn, Iwe, Man, Utih, Leeza, Yatie, Iza, Jaybob, Maszeri, Rafi, Jef, Ashie, Joepinto dan ramai lagi.