Alhamdulillah, peluang bercuti ke Kuala Selangor, sempat menziarahi bekas rakan sekolah ketika kami sama-sama sekelas di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban.
Lawatan kami sekeluarga yang disambut mesra oleh Fatonah Arbain dan suaminya, Mohd Jamil serta keluarga beliau di Ladang Penternakan MJ Fatonah Sdn Bhd, di Kampung Teluk Penyamun, memberi banyak kenangan manis yang seronok untuk dikongsikan.
Tona dan Jamil |
MJ Fatonah Sdn Bhd (MJF) diterajui oleh Siti Fatonah Arbain (nama glamour di sekolah; Tona) sebagai Pengarah
Urusan dan dibantu oleh Mohamad Jamil bin Mahidin (MJ) sebagai Pengarah
Operasi, adalah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan projek penternakan lembu
dan kambing fidlot secara komersial. MJF juga menjalankan projek ternakan ayam
kampung, itik pedaging dan itik telur.